Friday, December 25, 2009

3ekor K.

balik rumah kali ni,awal2 dah dgr org mara2 kat dapur.apa kes?
sapa kena marah.pegi dapur.lor.rupanya,kucing2 kena marah.tergelak seketika.

(teringat balik rumah aku mana ada bela kucing,tapi abaikan je)

beberapa hari kat rumah..

kucing2 tuh selalu je ada.hoho. selalu ada satu hal ler.kami satu keluarga bukan ler jenis bela kucing2 nie.tu yg kami pelik tuh awat la depa ni dok asek mai jer.haha.

tp..

yg nak tergelak tuh.tak bela ke,tak biase ke,kami semua dok bg jugak la makanan2.bukan pe.hati sume org jenis lembut.tak bagi kang dok meow meow..adoi..lagi satu..kucing2 nie jenis manja..dok gesel2 kat kaki..aish..geli seh..

sekarg ni..kalau kat meja mkn..mesti sapa2 remind..ha nanti tulang tuh jgn lupa bg kat kucing2 bertuah tu..haha..

sapa2 yg datang rumah skrg mesti cpt dah kenal depa nie..sbbnya..mmg selalu sgt depa masuk rumah..yg kdg2 geram tu..baru bawak keluar ikut pintu blkg..masuk pulak ikut tingkap depan..sabar je la...

apa2 pun..if we look at the bright side..maybe nie cara Allah nak suruh kami berbakti pada binatang..

moga2 amal yg sekecil ini turut mendapat redhaNYA dan dimasukkan dalam buku2 amalan kami ;)
peace~

p/s : kalau perasan saya bahasakan kucing2 nie: depa.sbb: ada 3ekor.haha

jgn campur


'dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dan kebatilan dan(janganlah) kamu sembunyikan kebenaran,
sedangkan kamu mengetahuinya '
(2:42)

dalam kata lain jangan campurkan dosa dan pahala kan.ya.kita manusia.mudah lupa.mudah alpa.kadang2 kita tersilap.saya pon begitu.jadi.yg kita boleh lakukan berikan yg terbaik dan ikuti kesilapan yg kita buat dgn kebaikan sebagai gantinya serta untuk membersihkan kesilapan kita.itulah pentingnya muhasabah diri dan sentiasa berfikir sebelum mengambil sebarang tindakan.
(nasihat utk saya khususnya)

wallahu'alam.

Wednesday, November 18, 2009

its better to listen ;)

Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah
berkata-kata lebih disukai daripada mendengar.
Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana
dalam berkata-kata orang cenderung untuk mengisi, menambah, dan mengurangi.

~ Yazid bin Abi Habib




Friday, November 13, 2009

jemaah isya'/subuh

" Rasullullah bersabda:
barangsiapa yang solat isya' berjemaah'
maka seakan2 dia telah solat separuh malam.
dan barangsiapa solat subuh berjemaah,
maka seakan2 dia telah melaksanakan solat malam semalam penuh "
(riwayat muslim)

sesal


" setiap yg meninggal dunia pasti menyesal.

jika dia orang baik, dia menyesal kerana tidak menambahkan kebaikannya.

jika dia orang jahat, dia menyesal kerana tidak berhenti daripada kejahatannya "

Thursday, October 22, 2009

ALLAH ;)

mari MEMUJI.dia yg HEBAt~

beza


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi,dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan- keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.
(30:22)




Wednesday, October 21, 2009

PILIH


dulu.lps habis sekolah.semua org pesan.kat luar nanti, pilih kawan yg baik2 ye.
saya terima nasihat tu seadanya.walaupun,saya terfikir jugak.hurm.nanti semua kwn baru en. mana nak tahu mane satu baik n tak. tapi biar je.
pastu..

bila dah kat "luar" baru dapat "tangkap" maksud PILIH tu.ya.mula2 kita mmg akan berkawan dgn semua org.yela.kang org cop belagak n poyo pulak kalau tak bergaul en.herm.bila dah kenal semua kawan2 "baru" tu,barulah kita PILIH mana yg sepatutnya dijadikan kawan. tapi tak bermaksud kita perlu kawan dengan sesetengah org jer.cuma kita kena pandai PILIH dengan sapa yg kita nak rapat.herm.

bukan apa.kadang2 kita tak sedar dgn sapa kita rapat,kita terikut dgn benda yg tak sepatutnya..(gaya kawan kita,tabiat dia,cara dia cakap,mencarut ke,benda yg dia suka
(obsess dgn korea/jepun puya artis berlebihan ke)..dsbnya..)

akibatnya kita jadi lain atau dalam kata lain kita berubah...sebab tu penting dengan sapa kita kawan dan rapat.kawan yang baik akan bawak kita ke arah kebaikan dan buat kita belajar sesuatu drpd dia.secara kasarnya,biar kita kawan dgn org yang bodo tapi rajin supaya kita dapat jadi rajin jugak,daripada kawan dengn org yang pandai tapi berlagak n malas patu kita pon jadi org yg perasan bagus.heh..

fikir-fikirkan...

~ (4:79)...wallahu'alam

Saturday, October 17, 2009

sebuah kereta


semlm saya bawa kereta.teringt pesan kakak sedare sy.dia kata.kita bawak kete ibarat mcm kita mengawal kehidupan kita.bila masa nak tekan minyak.bila masa nak brek.bila masa nak belok.mcm2 lagi.nak pastikan perjalanan kita terarah atau tak tersasar.kena ada destinasi.atau dalam kata lain kena ada matlamat.mcm jugak hidup kan.kita kene rancang apa yg kita nak lalui.,penat jugak kalau nak bawak kete saje2 tanpa arah tujuan.minyak pon habis en.kalau dalm hidup,masa pon terbuang.tapi.saye pernah terfikir jugak.mcm mane dgn org yg tak bleh bawak kete?haha~ntahla.

Saturday, August 22, 2009

Tuesday, August 18, 2009

ramadhan ;)


Harapan Ramadhan

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

~ameen~

Saturday, July 11, 2009

istighfar ;)

daripada abdullah bin abas,rasullullah bersabda: sesiapa yg sentiasa beristighfar,maka Allah akan menyediakan jalan keluar bagi setipa kesusahan.Allah juga menyediakan baginya penyelesaian bagi stiap keresahannya.Allah juga memberikan kepadanya rezeki daripada sumber yg tidak disangka-sangka.~riwayat abu daud
marilah kita sama2 sentiasa beristigfar ..astaghfirullahal azim..moga diampun segala dosa :)

Tuesday, June 23, 2009

pesanan itu.


Pabila pemuda memandang dkau,
kau tunduk mengelak panah syaitan

Pabila pemuda mendekati slangkah,
dkau berundur beribu langkah.

Pabila pemuda memujuk rayu,
kau anggap e2 kalimah iblis syaitan.

Pabila pemuda menutur harapan indah,
kau yakin janjiNYA lbh bahagia dsana,
kerana kau mengerti & menyedari akan
erti maruah peribadi sejati, yg diselaputi iman yg Hakiki,
yg tdk semurah itu..

seuntai mutiara tasbih untkmu agar kau
bisa kuat walau diuji hebat..Amin

skdr utk renungan n pegangan menghadapi ujian dsana.

jage pakaian n ur pergaulan.

~060508~

keutamaan dakwah.


keutamaann berdakwah

(wpun secara informal.
p/s :dakwah adalah mengajak org ke arah kebaikan.jd,kalau kita ajak org kutip sampah pon dah kira kita berdakwah kalau niat kita betul :D~insyaAllah)

1. sebab dakwah adalah tugas para nabi dan rasul

2. dakwah adalah sebaik-baik amal

3. seorng muslim itu akan meraih pahala yg teramat bsr

4. dakwah akan menyelamtkan diri daripada azab Allah

5. dakwah membawa kita untuk membina ummat yg terbaik

~wallahu'alam~moga kita sama2 tergolong dalam mereka yg berdakwah :)

Thursday, June 18, 2009

Saturday, June 13, 2009

hormat


Orang yg sangat menghormati Allah s.w.t,

lalu bersegera melaksanakan semua perintahNYA meskipun kecil,

maka itu petanda bahawa dirinya sangat terhormat di sisi Allah.


~org juga cakap..kalau nak org hormat kita,kita kena hormat org dulu....what u give ,u get back~

yg lebih baik


"apa sahaja yg dberikan kpd kamu,maka itu adalah kenikmatan duniawi dan perhiasannya yg sementara;sedang apa di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal.

maka apakah kamu tidak memahami?"


~al-Qasas :60~

Monday, June 8, 2009

sembunyi


1. Allah telah menyembunyikan reda-Nya dalam taat

2.Allah telah menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat

3. Allah telah menyembunyikan nama-Nya yg agung dalam Al-quran

4. Allah telah menyembunyikan lailatulqodar dalam bulan ramadhan

5. Allah telah menyembunyikan solat yg paling utama dalam solat lima waktu

6. Allah telah menyembunyikan (tarikh terjadinya)hari kiamat dalam semua hari

Friday, May 29, 2009

banyaknya dosaKU.


Allah berfirman~

dan tinggalkanlah dosa yang terlihat ataupun yang tersembunyi. sungguh, org2 yg mengerjakan (perbuatan) dosa kelak akan diberi balasan sesuai dengan apa yang mereka kerjakan..

-surah al-an'am : 120-

~ya Allah banyaknya dosaku..ampunilah aku..limpahkan rahmatMu..

Thursday, May 21, 2009

catalyst?

salam.
mula2 nak ucap jazakillah k kathira kpd nasiha utk hadiah yg dberikan atau yg sy gelarkn sbg 'catalyst.'

catalyst menurut buku kimia f5 :
it only affects the rate of reaction but does not affect the amount of product obtained.

apa mksd ye tu?

bg saya benda nie hanyalah pemagkin utk saya terus menulis.
ia bukan akan membuatkan
"hasil2 tulisan/perkongsian sy makin bertambah/berkurang"

haha..betul ka sy relate tu wahai ahli kimia sekalian?(suka2 hati je aku ni)

neway,saya nak 'sedekahkan' pula catalyst ni kpd :
~'ammar sahrim
~rahman dashuki
~kak anfaal
~kak fatiyyah
~omar ahsan


*mungkin blog mereka nie simple je tp saya belaja mengenai kehidupan drpd perkongsian mrk..
*terserah lah kat mereka nak teruskan tak benda ni..hehe..wsalam..

Monday, May 18, 2009

dah matang?

ciri2 matang :

~ mereka yg mampu berfikir dgn baik

~ sudah boleh mengawal perasaan

~serba sikit memiliki jiwa yg tenang..


Saturday, May 16, 2009

ajaib org mukmin

rasulullah bersabda,

" ajaib bg org mukmin kerana bila senang dia syukur lalu dberi pahala. bila susah dia bersabar lalu dberi pahala. dalam kedua-dua keadaan dia mendapat keuntungan "

hati lagi.


hati yg sakit tidak akan menikmati keindahan cinta allah seperti badan yang sakit tidak dapat menikmati kelazatan makanan.

**2 tanda mencintai Allah

1. kalau cinta,rindu utk bertemu(solat di awal waktu)
2. kalau cinta,suka apabila disuruh(melakukn suruhannya dgn rela dan suka)

Saturday, May 9, 2009

al-qomar.bulan.mOOn.






salam.

mula2 tak berapa pasti nak post apa.
sekali..
mlm ni bulan terang.bulan penuh.
dpt idea utk post pasal bulan.
in fact,waktu tgh tulis post ni pon..senyum jer sebab dapat tulis sambil tgk bulan dari bilik saya..

bulan mlm ni sangat cantik.sangat penuh.sangat bercahaya.tak jemu tgk..subhanallah ^_^

saya mula suka tgk bulan penuh dari sek men..
the specific tyme n reason tak ingt bila n napa..
tp..lps mula suka tuh..everytime dapat tgk bulan penuh mesti suka sgt..n rasa nak bgtahu sume org..usually saya akan share la dgn org2 yg saya rapat..weh..mlm nie bulan penuh la....hehe..sampaikan derg selalu kata..pelik la sab nie..ape yg teruja sgt tgk bulan tuh..pelik tul..haha..sy pon tak dpt explain why..tp perasaan tuh sama everytyme tgk..teruja...

actually bulan nie ada juga berkait dgn beberapa sirah islam ..

even dalam al-Quran sendiri ada surah pasal bulan.surah al-qomar.


dlm ayat pertama surah al-qomar says "saat hari kiamat makin dekat bulan akan terbelah"..




n..ada juga kisah Rasulullah membelah bulan tu..not so sure kene refer balik..
ada jugak kaitan kecantikan bulan tuh dgn peribadi rasulullah..
rasulullah pon pernah ckp baginda takan tinggalkan dakwah even bulan n matahari diletakkan kat tgn baginda..mungkin ada beberapa kisah lagi sebenarnya yg saya tak tahu.
owh ye..bulan pon penting utk tentukan tarikh puasa n raya kita kan.

mungkin tu kot serba sikit pasal bulan.tp apa2 pon.selawa mana pon gambr bulan yg ada.takan sama dgn kita tgk real..itu yg saya bleh kata..hehe
wassalam..


Sunday, May 3, 2009

*eAt*

Anas melaporkan, apabila Rasulullah makan,beliau menjilat tiga jari beliau.


Kata Anas "kemudian Rasul Allah berkata, 'Apabila makanan saudara yg hendak disuap itu jatuh,ambil dan bersihkanlah kotoran yg ada dan makanlah, jangan tinggalkan makanan itu kepada syaitan.'



Rasulullah juga menyuruh supaya pinggan dilicinkan. Kata beliau, 'Saudara-saudara tidak tahu bahagian mana makanan saudara yang baik berkat.


_riwayat muslim_

Friday, May 1, 2009

mesyuarat itu.


MESYUARAT ITU

sabda nabi.. ertinya..
daripada abu hurairah r.a. nabi s.a.w. :
" orang yg bermesyuarat itu adalah amanah"
(riwayat abu daud dan tirmizi)

Semalam saya hadiri satu mesyuarat 'tergempar' dekat surau rumah saya. surau at-Taqwa. sebenarnya tu mesyuarat tentang budak2 mengaji surau tu. umy saya panggil mesyuarat tergempar..sbb tiba2 nak buat kan..hehe..bukan apa pon..saya pulak tersesat kat situ, sbb saya pon tlg2 umy ajar budak2 tuh mengaji(tgh cuti kan)..alkononnye salah sorang ckg mengaji gak la..hehe..

okey cukup intro.
actualy dari 'suasana' mesyuarat tu yg buat saya terfikir..

suasana dia sama macam saya meeting masa sek dulu. ada org conduct the meeting.buka majlis.and etc.TP.bila perhati betul2 kan. "masalah" dia pon sama. orang ckp masa org lain ckp.tak fokus kat org yg tgh bentang somethg.dua org ckp pada masa yg sama.tak bg komitmen sepenuhnya bila org minta(opinion or wat so ever),org sama yg kena buat semua kerja..dan ada la beberapa benda lain..

benda remeh kan?

yup.bdk kecik.maybe org kata "ek elle benda kecik pon nak kecoh la dia ni".but dari satu sudut en.benda2 kecik yg kita biase buat akan berterusan sampai ke besar..ada org kata benda2 cam ni sebenarya small things that give big impact..huhu..

kat sek dulu pon camtu.bdk2 main time meeting..pastu bila dah biase buat camtu sampai kat kolej,tempat kerja pon the same thing happens,huhu,agak sedih ar.kita kdg2 dah biasakan dlm diri.tanak serius dalam sesuatu.semua nak buat main2. datang meeting tanak serius..nak main2 jer or lawak2..kalau tak,boring...sometimes i'm wondering mentaliti sekrg semua benda kena ada lawak..mesti ada joke.ruang utk serius tu sgt kecik peratus dia.kenapa ye?

sekadar mahu berkongsi..wallahu'alam..

hari pekerja?


Blockquote"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuagan berakhir bersama nafas terakhir.."

Monday, April 27, 2009

air kelapa ^_^

~Air kelapa mengandungi khasiat gizi yang tinggi terutama mineral yang sangat bagus untuk tubuh manusia.

~ mineral dan protein yang terdapat di dalam air kelapa juga sangat baik untuk pertumbuhan dan pembaikan sel-sel di dalam tubuh.

Wednesday, April 22, 2009

Allah itu dekat..


"dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku,
maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku,agar mereka memperoleh kebenaran."

~Al-Baqarah: 186

the rule is simple..Allah akan kabulkan doa kita dgn syarat kita patuhi suruhanNya..

mcm mana nak patuhi suruhanNYa?..
selalu tanamkan dlm diri Allah itu SGT dekat dgn kita..
so,apa2 yg kita buat mesti Allah ada bersama..

~peringatan buat diriku yg sering alpa..
mogaku tergolong dlm mereka yg istiqomah dlm kebaikan..amin..

Friday, April 10, 2009

*memaafkan*



salam.




maaf.


kdg2 susah nak maafkan org.walaupun kita sedar sape la kite,


sedangkan


nabi muhd s.a.w memaafkan umatnya.


dan


yg lebih penting Allah juga memaafkan hambanya yg sgt byk buat DIA murka.




so,i was trying to figure out some ways utk memmaafkn org..




alhmdllh..Allah tunjukkn jalannya..




dlm buku dr danial..




" utk mendptkan kekuatan dlm memaafkan sesapa..katakan pada diri..


'aku memaafkan dia KERANA ALLAH'


ulangi byk kali..


insyaAllah kekuatan tu akan dtg"




di samping tu,dr fadilah kamsah pun selalu pesan..




*utk mendpt ketenangn hati..


selalulah maafkan semua org dalam dunia ni sblm tidur..


insyaAllah org lain pon akan maafkan kita..




~semoga kita selalu dlm rahmahNya..~

Friday, April 3, 2009

taqwa~

nabi daud berkata kpd nabi sulaiman :
hai anakku,sungguh dpt dijadikn tanda adanya taqwa itu dgn 3 mcm :

*baiknya tawakkal dlm apa yg belum tercapai
*redha menerima apa yg terjadi
*sabar menghapi apa yg terlepas dari tgnnya

~wallahua'lam

^_^ moge kita tergolong dlm mereka yg bertaqwa..insya Allah..

Saturday, January 24, 2009

positive +++

setiap daripada kita mempunyai kekuatan dan kelemahan masing2..kadang2 kelemahan kita menjadi kebaikan pada org lain tapi kita tak sedar(dgn kelemahan yg kita ada,memberi peluang pada org lain utk membantu,seterusnya org tu dapat pahala ^_^ )..jadi jgn terlampau fikirkan kelemahan diri kita..just be positive..n try to do the best okey?

moga kita semua dlm lindungan-NYA yg maha sempurna..

hatimU..


peliharalah hati sebaik mungkin,kerana ia akan mempengaruhi byk perkara..iman,tingkah laku..tindakan dan..pemikiran..

selamat menjaga hati anda..juge buat saya ;)

Tuesday, January 20, 2009

Sunday, January 4, 2009

palestine~



mungkin kita tak dapat berjihad bersama mereka di sana..tapi usahakan sebaik mungkin utk tidak lupa titipkan doa buat mereka~~

itu tanggungjawab kita..

yakinlah dgn kebangkitan islam !!

allahuakbar!