Monday, December 27, 2010

~Ss


~~orang-orang yang beriman dengan ayat2 Kami hanyalah orang yang apabila diperingatkan dengannya(ayat2 Kami) mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya,dan mereka tidak menyombongkan diri.~~

*As-Sajdah32:15*

Dari Amru Bin Al-As r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. menerangkan kepadanya 15 ayat Sajadah yang tersebut di dalam al-quran

(Hadis Hasan riwayat Abu Daud)

AYAT-AYAT SAJDAH DI DALAM AL-QURAN

1. Ayat ke 206 dari surah Al -A’raf
2. Ayat ke 15 dari surah Al- Ra’d.
3. Ayat ke 50 dari surah Al- Nahl.
4. Ayat ke 109 dari surah Al- Isra’
5. Ayat ke 58 dari surah Maryam.
6. Ayat ke 17 dari surah Al- Haj
7. Ayat ke 77 dari surah Al- Haj
8. Ayat ke 60 dari surah Al -Furqan.
9. Ayat ke 25 hingga 26 dari surah Al- Naml
10. Ayat ke 15 dari surah Al -Sajdah
11. Ayat ke 38 dari surah Fusshilat
12. Ayat ke 62 dari surah Al- Najm
13. Ayat pertama dari surah Al- Insyiqaq.
14. Ayat ke 21 dari surah Al -Insyiqaq.
15. Ayat ke 19 dari Al- ‘Alaq


Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Umar katanya yang maksudnya :

“Bahawasanya Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam telah membaca al-Qur’an, lalu Baginda membaca satu surah yang di dalamnya ada ayat ‘sajdah’, maka Baginda pun bersujud lalu kami pun sujud bersama-sama Baginda sehingga sesetengah daripada kami tidak mendapati tempat untuk meletakkan dahinya”.


persoalannye anda dah hafal ke bacaan sujud sajdah?
kalau belum,tak terlambat lagi utk menghafal.

nie bacaan ye :)

سجد وجهي للذي خلقه وشق سمعه وبصره بحوله وقوته فتبارك الله أحسن الخالقين


"sajada wajhiya lillazii kholaqohuu wa syaqqa sam'ahuu wa basorahuu bihaulihii wa quwwatihii fatabaarokallahu ahsanul kholiqiin".


Maksudnya:

"Bersujud wajahku kepada Tuhan yang menciptakannya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya dengan Daya dan Kekuatan-Nya, Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta."

(HR At-Tirmidzi 2/474, Ahmad 6/30 dan Al-Hakim. Menurut Al-Hakim, hadits tersebut shahih. Imam Adz-Dzahabi menyetujuinya 1/220. Sedang tambahannya: Fatabaarakallahu menurut riwayat Adz-Dzahabi sendiri.)


p/s : saya mula menghafal bacaan sujud sajdah ni masa kat matrik.sbb takut kat ust.ust yg ajar agama tuh garang.haish.teruk betul :)

^^selamat beramal :D

Thursday, December 16, 2010

tol

salamun alayk :)

Hadis Abdullah bin Amru r.a:

Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
Apakah sifat yang paling baik
dalam Islam?
Rasulullah s.a.w bersabda:
Memberikan makanan
serta

memberi salam

samada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak.

(Riwayat Muslim)

bagi yang memandu,
apa yang akan kita sebut bila berhenti utk membayar tol?
(kalau guna lorng tunai la)
terima kasih?
or tak cakap ape2?

tak salah kan utk memberi salam juga?
give it a try :)
ni boleh jadi salah satu cara utk kita lakukan sedekah :)

selamat beramal :D

p/s :dulu sy guna lorong tunai.
skrg dah guna touch n go.(huhu,hilang dah satu cara utk menambah pahala)

Wednesday, December 15, 2010

tolong saya? :)

salam

banyak doa2 yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dalam bermujahadah melawan hawa nafsu,,

salah satu doanya,

"Ya Allah,berilah aku taqwa,dan bersihkanlah diriku.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan.
Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."




yang saya nak mintak tolongnya ,,
ada tak sapa2 tau hadith berkaitan doa kat atas.. dalam arab..
sy nak amalkan doa tuh dlam arab kalau bleh :)

pada yang tau kongsi la dgn saya eh :)




~wallahu'alam :)

Sunday, December 12, 2010

manners :)

"sesiapa yang ingin menasihati pihak yang berkuasa mengenai sesuatu perkara,
maka janganlah ia menyampaikan secara terang-terangan
tetapi
hendaklah ia memegang tangannya
dan
meyampaikan nasihatnya secara bersendirian..."

(riwayat Ahmad dan al-hakim)

p/s : boleh je nak amalkan dekat kwn2 kita jugak,kita pun kdg2 malu kan kene tego depan2 ;P



lagi 1,kdg2 kita terlupa nak guna....










selamat beramal :)

Friday, December 10, 2010

40hadith



selamat menonton.moga bermanfaat :D

Thursday, November 25, 2010

singki



salam.

saya memerhati kotoran di singki itu.
sikit je daki ye.tape lah esok lah berus(basuh/bersihkan).

esok.
kotoran itu bertambah lagi.
tonyoh skit.eh?dah susah skit nak hilangkan?

okla.lps ni tanak tangguhkan dah bersihkan.nanti sapa yg penat kena tonyoh kotoran degil itu?

hati juga begitu.tidak perlu tunggu kita lakukan dosa2 bessar baru ia dibersihkan :)



selamat bertaubat setiap hari :)

Saturday, November 20, 2010

kusut


salam.
semua orang pasti mempunyai cerita hidup yang berbeza. mungkin yang membezakan kita semua juga adalah bagaimana kita menghadapinya,ya,sudah semestinya di celah2 kehidupan itu kita akan menemui satu kekusutan.mari jadikan yang kusut itu lurus dengan zikrullah.doakan saya thabat.wallahu'alam.

Sunday, November 7, 2010

be grateful :)

received a msg from my friend :)

jangan berasa sedih kerana kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain
kerana
kamu memang tidak memilikii kemampuan itu,
tetapi
apa yang kamu dapat lakukan,lakukanlah itu dengan sebaik-baiknya.


Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pda orang lain,
kerana
orang yang tinggi hati akan direndahkan
dan
orang yang rendah hati akan ditinggikan.


p/s : thanx ani :)


Saturday, November 6, 2010

makbul


"adam ,,kalau tak kelam kabut tak sah la anak mama ni"

"hang toksah dok sebut hat buruk2 adut,,mulut mak neh makbul,sebut bertuah2 je kat baby hang tu,,"

kalau camtu,,sebut genius2 jela.hehe -says the uncle-

Dari Jabir bin Abdullah,
beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:
''Janganlah kalian menyumpah diri kalian, dan jangan pula menyumpah anak-anak kalian dan harta kalian
, anda tidak mengetahui saat anda menyebut itu menjadi ( doa )
dan
dikabulkan sehingga Allah akan mengabulkan sumpah itu.
''
( Hadis Riwayat Muslim )

~wallahu'alam :)

Wednesday, November 3, 2010

what will u get.

salam ;D

tertarik dgn perenggan ini semasa membaca.

" sentiasalah bersangka baik Allah akan menerima taubat setelah kita berusaha bersunggh2 membuktikan penyesalan kita. Allah ada menyebut,Allah bersama sangkaan hambaNYA. Jika kita yakin Allah menerimanya, maka Allah dgn sifat maha pengampunanNYA akan mengampun hambanya yg bnr2 ikhlas dan bersungguh "


p/s : start ur day with being grateful with whatever u have and dont give up to be a better person everyday :) ~anda akan rasa bahagia :)

Monday, November 1, 2010

open minded :)


apabila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan teliti pendapat kamu dengan pendapat orang lain, kerana penelitian itu menghapus pemikiran sempit.
(imam malik)

kdg2,tak semua pendapat kita betul belaka,terimalah pandangan org lain juga,
jgn risau,dengan menerima pendapat org lain tidak merendahkan diri kita,malahan mejadikan kita seseorg yg dihormati kerana mengakui kelemahan diri :)

~wallahu'alam.

Saturday, October 16, 2010

cara Allah syg kita :)


"Sesiapa yg Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan,
diujinya dia itu dengan kesusahan"

*bukhari,muslim*

~banyakkan sabar ye.moga tabah saudaraku :)

Monday, October 4, 2010

dmanakah kita?


mari muhasabah :)

"kemudian kitab itu kami wariskan kpd org2 yang kami pilih antara hamba2 kami,lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri sendiri,ada yang pertengahan dan ada pula yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. yang demikian itu adalah karunia yang besar."

~ menzalimi diri sendiri = org yg lebih byk kesalahannya drpd kebaikannya
~pertengahan = org yg kebaikannya lebih kurg sama dgn kesalahannya
~org yg lebih dahulu berbuat kbaikan = org yg kebaikannya sgt byk dan sgt jarang melakukan kesalahan..

[fatir35:32]

Friday, September 24, 2010

teringat~

salamun alayk.

satu ketika dulu.(cewah).zaman2 baru habis sekolah,, kira masa matrik,awal2 di U saya kerap teringat kenangan2 di sekolah.yg best ke tak best ke semua teringt,dan.walaupun ada yg tak best still rasa kalau bleh nak ulang balik masa sekolah dulu.rasa macam sgt berharga masa di Al-amin.sebab sy rasa apa2 yg saya lakukan sy buat dgn sepenuh hati.(ok.tapi tadela jd pelajar cemerlang or etc)haha.


~asek dok terinagt je..

then baru skrg Allah ilhamkan apa di sebalik tu sebenarnya,,

bila baca tafsir ayat ni..

pada hari (ketika) wajah mereka dibolak-balikkan dlm neraka,mereka berkata
"wahai kiranya dahulu kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul
[33:66]

ayat ni gambarkan manusia yg berdosa tu teringat dulu2 masa dia kat dunia~~
(mungkin bermonolog "kenapa la kat dunia dulu aku tak jd hamba Allah yg baik")

Allah remind kita ..kalau kita teringt pd masa lalu kita,masa tu dibaratkan seperti masa kita di dunia..dan masa kita teringt tu kita dah takboleh buat apa2 kerana masa itu kita telah berada di alam akhirat..

so,mari sama2 buat baik banyak2 sbb kita masih di dunia :) Allah bg kita masa lagi :)

wallahu'alam.

p/s : maaf la kalau tak berapa faham.i'll try my best to explain.haha.:D

Thursday, September 16, 2010

Allah memujuk kita :)

"janganlah kamu memandang enteng terhadap kebaikan walaupun sedikit,
walaupun engkau menuang air daripada timbamu ke dalam bekas org yg memberi minum,
walupun engkau bercakap dengan saudaramu dengan wajah yang manis.
jauhkanlah dirimu dari melabuhkan kain sarungmu kerana ia
daripada perbuatan ujub dan takabbur dan tidak disukai Allah.
sekiranya ada seseorang mencelamu dengan sesuatu yang diketahui ada pada dirimu
maka jangnlah kamu mencelanya dengan sesuatu yang kamu tahu mengenai dirinya,,
sesunggunhya pahalanya akan diberikan kpd kamu
dan
balasan buruk kepada sesiapa yang mencela"

[riwayat abu daud dan al-tirmidzi dan katanya hasan sahih]

Sunday, September 12, 2010

pollution


telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka,aagar mereka kembali ke jalan yg benar (30:41)

Wednesday, September 8, 2010

ganjil

imam al-bukhari telah meriwayatkan bahawa anas bin malik berkata :
"Rasulullah s.a.w tidak keluar dari rumah Baginda pada hari Aidilfitri, melainkan Baginda makan beberapa biji kurma dalam bilangan ganjil(bukan genap)"

[riwayat al-bukhari no 910]

** seeloknya the first thing that we eat tht morning is kurma because :
~menepati dua sunnah-> a)sunnah mkn sblm solat b)sunnah mkn kurma

p/s : ada lg tak kurma kat rumah tu?hehe

~taqabalallahhu minna wa minkum :)


Saturday, September 4, 2010

akan diminta.

"dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yg tidak kamu ketahui.
kerana pendengaran,penglihatan dan hati nurani,
semua itu akan diminta pertanggungjawabannya."

[Al-Isra' 17: 36]

msg: buatlah sesuatu berasaskan sumber yg bleh dipercayai :)

~wallahu'alam

Monday, August 23, 2010

my fav verse ;)

Wahai orang-orang yang beriman!
Mohonlah pertolongan (kepada Allah)
dengan sabar dan salat.
Sungguh, Allah beserta orang-orang yang bersabar.

[al-baqarah2:153]

**dalam AQ saya,,ayat nie bertanda hijau=ayat2 penyejuk/penenang hati :) **

moga kita masih istiqomah menghidupkan ramadhan.
sekejap je dah nak tinggal separuh :(

mari hargai detik yg masih berbaki.moga Allah redha~

Wednesday, August 18, 2010

bukak la dulu~


***

Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata:
‘Adalah Nabi (s.a.w)

berbuka puasa dia dahulu daripada solat atas
beberapa (biji) rotab
(iaitu buah kurma yang baru masak belum kering), maka jika tidak ada beberapa (biji) rotab, beberapa biji tamar (kurma kering) menghirup dia beberapa hirupan air.’ [Hadith hasan gharib at-Termidzi]

***

Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Telah berfirman Allah (a.w),
Yang Maha Luhur lagi Maha Agung,

Lebih suka Aku (Allah (a.w)) (akan) hamba-hambaku kepada Aku (a.w) bersegera mereka berbuka puasa.’

[Hadith Qudsi hasan gharib at-Termidzi]

Sunday, August 15, 2010

bnr dan menang.

wahai org2 beriman!
Bertakwalah kpd Allah dan ucapkanlah perkataan yg benar,

niscaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa menaati Allah dan Rasul-Nya,maka sungguh dia menang dgn kemenangan yg agung.

(al-ahzab33:70-71)

Saturday, August 14, 2010

mari bertindak !

salamun alayk :)

alhmdllh.pg tadi diberi nikmat Allah utk hadir ke surau.
Allah nak bg rezeki kat situ.
(rezeki : apa2 yg memberi manfaat pada kita yg membawa pd Allah)

kuliah subuh membicarakan masalah umat yg sgt kritikal.

~ banyak kali jugak rasa sebak.
-> utk turut membantu dlm menyelesaikan masalah umat.
ust sarankan 5H

pertamanya mmg kene mula dgn diri sendiri.(peringatan buat diriku terutamanya)
suburkan dlm diri 5H ni..

h1 : HATI(istighfar,bc AQ)
h2 : HINDARI(hindari maksiat,jauhkn dari mencuba)
h3 : HAMPIRI(selalu hampiri majlis ilmu/masjid)
h4 : HAJAT(sentiasa berhajat utk ke arah yg lebih baik)
h5 : HIJRAH (dan bertindaklah!)

utk dapat menyelesaikan ape2 masalah.mintaklah dgn Allah.pohon pada Allah dgn rendah hati.
insyaAllah He will show u the way.Yakinlah.
Allah tak tlg kita kalau kita rasa kita tahu semua benda.

skrg bukan masa utk kata aku bagus kau tidak.atau kau bagus aku tidak.skrg kita kene buat apa yg kita mampu utk selamtkan umat ini.umat sgt kritikal shbt.bangkitkah semua!

~YA Allah ,Ya Rabbana istiqomahkanlah kami dgn amalan2 kami.moga Allah mudahkan.
**wallahu'alam

Tuesday, August 10, 2010

:)


salam ramadhan kareem (:

"hai orang-orang yang beriman diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu,agar kamu bertakwa."

(al baqarah : 183)

alhamdulillah kita ditemukan lagi dengan ramadhan karim kali ini.:):):)
saya ingin menyeru diri saya dan semua yg membaca,
mari sama2 kita jadikan ramadhan kali ini sebagai pemangkin untuk kita menjadi hamba yg lebih baik pada PENCIPTA kita.
mari kita istiqomahkan betul2 amal2 yang kita nak pertahankan sebelas bulan yang akan datang.(andai masih diberi rahmat utk meneruskan perjalanan kehidupan)

ketahuilah sahabat2 ku..
amalan2 yg kita kita lakukan semasa bulan yg penuh barakah ini bakal menjadi bekalan kita pada masa depan nanti insyaAllah.
pada bulan inilah kita seharusnya membina kekuatan iman kita.
mari dekatkan diri dgnNYA.

sesungguhnya untuk kita berjaya menggapai rahmah dan keberkatan ramadhan itu hendaklah Ramadhan itu dihidupkan dan didirikan dengan penuh keimanan.


Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang
mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan
dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

~mari istiqomahkan solat sunat, banyakkan membc AQ,maksimumkan lisan dengan zikrullah :)

Ya Allah redhailah kami dan perkenankanlah permintaan kami~~

wallahu'alam

Saturday, July 31, 2010

tip membuat keputusan.

pertama : solat istikharah
(mintak petunjuk Ilahi.hanya DIA yg tahu apa yg terbaik)

kedua : musyawarah
(menunjukkn kita berusaha dgn bertanya pendpt pd mereka yg berpengalaman)

ketiga : dgr kata hati
(hanya hati yg cintakn Allah&Rasul yg layak dipertimbgkn)

**dipetik dari majalah solusi isu 22 (m/s : 27)


~moga Allah redhai dan berkati segala keputusan yg kita lakukan (:
ameen..


~wallahu'alam

Sunday, July 25, 2010

xsedar

salam.

bila kutuk org kita dapat dosa,org yg dikutuk dpt pahala.tu satu hal kita dah rugi.dan.
kita tak sedar,bila kita dok kutuk2 org tu,kita menjadikan diri kita muflis.
muflis?apakah?

->"muflis kat akhirat".


heh.asal lak?

sebab dia ambil pahala dari hasil kebaikan yg kita lakukan.
(kira cam denda la sebab kita kutuk org tu)

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia orang Muflis? " Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda;" Nabi s.a.w., bersabda: "Sebenarnya orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka.

(Muslim dan Tirmizi)



which means,the good deeds that we have done can just disappear like that.
(hilang camtu je.kita dah buat baek.bagus.tapi hilang.
tu tak masuk lagi mana satu amal kita yg dterima.yg diterima pulak kene bg kat org lain.hurm)



lps tu lama2 jd la muflissss...
(dan lagi menyedihkan kita tak sedar.)

sedar2 dah kat akhirat nanti.bila Allah hisab kita.

tp..

Allah tu maha pengampun.DIA maha menerima taubat2 hamba2NYA yg ikhlas bertaubat.

jadi mari sama2 mohon ampun dari Allah.
sebaiknya mmg dosa sesama manusia,kita mintak maaf kat manusia tu.tp tgk keadaan jugak.
kalau dgn meminta maaf tu akan memburukkan keadaan.mungkin kene fikir dulu la.


mari sinonimkan mengutuk dan muflis.mungkin itu dapat membantutkan kita utk mengutuk.

moga hari ini lebih baik dari semalam :)

wallahu'alam



Saturday, July 17, 2010

selamat membaca :)


Jika seorang penulis lebih banyak menulis daripada membaca,

maka itulah saat-saat bangkrap seorang penulis.

~ Abu Saif ~



Saturday, July 10, 2010

2

hati memilik 2sikap:menerima dan menolak
manfaatkanlah 2 situasi ini.

ketika hati cenderung menerima banyakkan amal soleh &sunnat sebanyak mungkin.
ketika hati sedang menolak(futur) ikutla hati dgn melakukan amal2 wajib.

berinteraksilah dgn hati dgn lemah lembut sehingga
sampai saatnya ia cenderung utk menerima kembali.

[ibnu al-qayyim]




kina puye tag


1) Apa nama blog kamu dan kenapa letak nama tu?


nama : buat yg bernama insan.
kenapa : insan tu bersifat pelupa.so ala2 utk kita saling mengingatkan.
(termasuk si penulis blog :) )


2) Apa nama url blog dan dari mana datangnya idea tu?

url blog :http// nursabirah.blogspot.com
~bg nama sendiri je,senang org nak baca,etc.



3) Apa method dalam penulisan GadisKecoh?

-xperlu kot jawab soalan ni.



4) Pernah rasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?

-setakat ni tak pernah.


5) Pernah ahli keluarga anda baca blog ni?


-pernah.. my sista..tapi sekerap mana tatau la :)


6) Apa perasaan anda bila ada orang kata blog anda buruk sedangkan ada orang lain cakap blog anda cantik?


-hurm..perasaan ye..biasa je rasanya..everyone has their own view..
mana yg baik kita kekalkan la..mana yg bleh diperbaiki,kita baiki :)


7) Bila blog anda diberanakkan?

-tahun 2008


8) Siapa orang pertama yang tahu anda ada blog?


-not sure.if i'm not mistaken,my sista.


9) Apa perasaan anda apabila ada orang berkata tentang blog anda di sekolah??


-depends la diorang ckp ape..harap yg baik2 jela..hehehe..



10) 5 orang yang bakal di tag..

-xnak tag sapa2.hehe.terima kasih kina!

Wednesday, July 7, 2010

baba ali

pernah tak?


salam.

pernah tak alami perasaan malu sampai rasa nak nangis tapi boleh tergelak jugak.
kalau dalam bentuk equation :

malu+ sampai nangis+ tp bleh gelak = ??

huhu.kakak saya kata itu confuse namanya.
ye ke?
hebatnya ALLAH bleh masukkan 3jenis perasaan dlm satu masa.subhanallah.

reminder skit :)


salam.

Allah itu sgt hebat.DIA boleh menciptakan apa2/menjadikan apa2 je keadaan.
kdg2 tu tak tercapai dek akal kita.

contohnya mcm peristiwa isra' mikraj.
ini lah namanya bila iman VS logik.
yela kalau ikut logik mana lah boleh
Rasulullah lalui semua tu(perjalanan isra' mikraj) dalam satu malam je.
tapi sebab iman dan percaya kita pada Allah,Rasul,dan AQ,
kita kene tolak tepi logik kita.
sebab kita berpegang pada Allah boleh buat apa je. DIA maha hebat kan ;)

p/s : kwn2 isra' mikraj sabtu ni ye :) ~27 rejab 1431/10 julai 2010


Thursday, July 1, 2010

sgt digalakkan :)


daripada Abu Hurairah r.a,
Rasulullah bersabda :
"Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwuduk pada setiap kali solat
dan
bersiwak pada setiap kali wuduk"
[riwayat Ahmad]

~yg bhgn berwuduk tu insyaAllah ramai yg dah amalkan.
~yg bhgn bersiwak tu?
jom tambah amal.
saya dah cuba.mmg amalan ni memberi kesan yg baik pada solat kita :)

**selamat menambah Amal2 kebaikan :)

Sunday, June 27, 2010

hari terakhir

salam.

pernah terbayang hari ni hari terakhir kita?
tapi mana nak tahu kan hari ni hari terakhir ke tak.
hurm.itu rahsia Ilahi.

tapi.

cuba bayang kalau hari ni betul2 hari terakhir kita?

apa yg anda akan lakukan?

(ni apa yg saya rasa)

mestilah kita nak buat semua benda the best that we can.

->jaga hubungan kita dgn org
->tak nak sakitkan hati org
->berbakti pada org sebaik mungkin
->beribadah sebaik mgkn.
->mcm-mcm la kan

**pendek kata kita nak semua dalam keadaan baik.

yela.esok kita dah tade utk baiki balik.

**cuba bygkn kalau setiap hari kita rasa+buat mcm ni.

(insyaAllah kita akan menjaga kualiti hubungan kita dgn semua org
dan
yg paling penting dgn ALLAH kan?)

so why not give it a try?
sebab satu hari nanti mmg kita akan sampai ke hari terakhir kita ryte ? ;)



selamat beramal :)

Thursday, June 24, 2010

syafaat saudara muslim

Dalam hadis panjang drpd Abu Said al-Khudri,
Rasulullah s.a.w bercerita tentang peristiwa yang akan berlaku di akhirat nanti.
baginda bersabda yg bermaksud,

"setelah kaum mukminan selamat drpd neraka,maka demi Zat yg jiwaku berada di tangan-Nya, setiap org daripada mereka meminta kpd Allah dgn memaksa agar dikeluarkan rakan2 mereka di dalam neraka.
Mereka berkata 'Ya Allah mereka dahulu pernah solat,berpuasa dan haji bersama kami.'
lalu dikatakan kpd mereka "keluarkanlah org yg kamu kenal dari neraka itu."

(riwayat muslim no 302)

**persahabatan yg kita jalinkan di jalan Allah akan berlanjutan hingga ke Akhirat.Teman2 yg sama2 melaksanakan kebaikan dgn kita dpt mengeluarkan kita drpd api neraka.
MASYA ALLAH ;D
**banyak teman= makin besar peluang utk dpt syafaat saudara muslim kita :)

~~mari bersahabat/berkenalan/berteman/bersaudara kerana Allah (:

Saturday, June 19, 2010

muhasabah

salam.

perhatikan segala yang ada di sekeliling anda.
perhatikan ragam2 manusia yang pelbagai.
hayati dengan sebaiknya setiap 'kejadian' dlm satu hari.
dan renungilah "mesej" yg Allah nak sampaikan.
mesti ADA.percayalah.
kehidupan itu sendiri adalah satu pelajaran yg tak pernah habis silibus ye.

mari muhasabah diri.

smile :)

Sunday, June 13, 2010

masa+dewasa


salam.

kita membesar bersama masa.baik fizikal mahupun mental.
masa tidak akan tunggu bila kita rasa NAK dewasa.
tapi kitalah yg perlu dewasa bersama masa.
tak dinafikan kadang2 kita tidak bersedia lagi untuk menempuhi sesuatu yang baru dalam kehidupan.tapi itulah masa.tidak menunggu.
jd,marilah membina diri seiring dengan masa yg berlalu.
supaya kelak di "sana" kita tidak menyesal dengan masa lalu.

wallahu'alam :)

Thursday, June 3, 2010

baru2 ni..

salam.

firstly,hari ni dah doakan saudara dan sahabat kita di palestin?
kalau belum,jom sama2 doakan.

"Semoga Allah sentiasa limpahkan rahmat dan kekuatan serta kesabaran buat mereka di sana.
ameen,ya Rabbal alamin."
________________________________________________________________

baru2 ni rumah sewa saya di nilai kene pecah masuk.
sblm pindah sana mmg ade senior pesan.

senior : ha.sab duduk anggerik ke?huhu.black area situ.hati2 la ye.

7laptop hilang.(benda lain mmg tada.dia mmg target laptop je.)
orang tu masuk masa kami pegi kelas. pagi. around 9am-11am.
to be specific kejadian ni berlaku pada 2jun2010.rabu.baru2 ni..

dia masuk ikut pintu belakang.(yup.our bad.pintu blkg tak ada mangga)

**moral = pastikan pintu2 rumah anda bermangga.
(sbb mula2 org tuh cuba nak masuk ikut pintu depan.tapi sebab kami mangga n dgn izin Allah dia tidak berjaya masuk ikut situ)

apa2 pon...

houseMate 1 : mmg ar sedeyh weh laptop hilang..tp aku bersyukur sgt dia tak masuk masa kita ada..kalau tak..nyawa kita pon bahaya weh..huhu..

houseMate 2 : tape la korg...ni pengajaran utk kita..baek hilang skrg..cuba byg kalau hilang masa final year ke..tyme esok kene hanta assignment 50 page ke..so,save la ape2 yg patut kat tempat laen gak en..4shared ke en..haha

houseMate 3 : aku rasa en..Allah nak suruh kita jaga rumah betul2 laa...sebab tuh Allah bg ujian ni..kalau tak mesti kita sambil lewa je pasal keselamatan2 neh.. tgk..skrg baru kita nak beli sume segala ensel la mangga la..kalau tak takde maknayee..haha

teman : innalillahiwainnailaihirajiun..sabar ye..semua yg terjadi ada hikmahnya..Semoga Allah lindungi kita dari segala kejahatan makhluk..

bg saya : ujian itu sepatutnya lebih mendekatkan diri kita pada Allah.
perlu muhasabah diri apa yg patut.

p/s : tiada niat di hati bercerita utk mengundang simpati.cuma buat pedomen bersama.
moga bermanfaat.

owh lagi 1,penting juga ni..

polis : la..yg korg tinggal laptop kat rumah tu napa?lain kali bawak sekali pegi U tu..

wallahu'alam..

more bout crocs ;)

salam.
sila la ke laman ni untk maklumat lanjut ;)

--> http://roroki.com/crocs/

moga bermanfaat.

Monday, May 24, 2010

too much.

ibn qayyum r.a said :

"the things that make the body sick are :
too much talking,
too much sleeping,
too much eating.."

mari muhasabah diri :)

several suggetion : -think before u talk
-berhenti makan sebelum kenyang
- untuk kes banyak tidur..hurm..?bagaimana ye?

Thursday, May 20, 2010

1 vs 100 ribu


dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda :


satu dirham lebih dahulu dterima drpd 100 ribu dirham!

seorg lelaki bertanya,mengapa begitu ya Rasulullah?


Rasulullah SAW menjawab,seorg yg mempunyai harta byk, dia mengambil dari himpunan hartanya 100 ribu dirham,lalu dia menyedekahkan dgnnya.


Seorg lelaki lain dia hanya mempunyai dua dirham,lalu dia mengambil sedirham,lalu dia menyedekahkan dgnnya. Ini adalah menyamai separuh drpd hartannya.


(hadis diriwayatkan oleh imam an-Nasa'ie,ibnu Huzaimah,ibnu Hibban dlm kitab sahih mereka dan imam Hakim lalu disahihkannya menurut syarat imam Muslim)

Monday, May 17, 2010

let's SMILE ;)

Daripada Abu Dzar RA, Nabi SAW bersabda:
Janganlah kamu menghina kebaikan sedikit pun,
walau sekiranya engkau bertemu dengan saudara engkau
dengan wajah yang ceria.”
(Riwayat Muslim)

kawan2,
dengan senyum pun kita dapat menghidupakan sunnah Rasullallh.
let's SMILE ;)

**p/s : make sure at the right place n right time.



Saturday, May 15, 2010

15mei

Noktah-noktah penting 62 tahun Nakbah Palestin


Apa itu Nakbah?

NAKBAH bermaksud MALAPETAKA atau BENCANA BESAR. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada pengisytiharan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya pendudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Apa kesan awal utama Nakbah ?

Nakbah menyebabkan hilangnya negara Palestin daripada peta dunia antarabangsa.
Lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (800 ribu orang daripada 1.4 juta) diusir ke luar negara dan 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
478 daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948 telah dihancurkan yang melibatkan lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Di manakah testimoni Nakbah?

Terlalu ramai dan banyak…..
Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan, “Saya melihat seorang tentera pengganas Zionis memegang saudara saya, Saliha al-Halabi yang hamil 9 bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Pengganas Zionis tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Apakah realitinya setelah 62 tahun Nakbah?

1. Penjajahan dan penindasan yang berterusan sehingga mereka berjaya merampas lebih daripada 90% dari keseluruhan bumi Palestin.
2. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel.
3. Sekatan ekonomi yang dirancang kemas sehingga orang-orang Palestin tersepit, menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
4. Anak-anak Palestin yang telah dinafikan hak untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.
5. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia yang menyekat penghidupan rakyat Palestin serta menjadikan Palestin sebagai penjara yang terbesar di dunia.
6. Seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 62 tahun yang lalu. Inilah kes pelarian yang paling lama dan perit di dalam sejarah peradaban dunia.
7. Pembunuhan dan penyiksaan yang berterusan terutamanya di Gaza yang merupakan krisis kemanusiaan terhebat di abad ini.
8. Peningkatan serangan ke atas al-Quds oleh ekstremis Zionis yang mencabul kehormatan dan kesucian al-Quds serta projek pembinaan kuil Yahudi di perkarangan Al-Aqsa.

Apakah rancangan jangkamasa panjang mereka?

PengYahudian Baitul Maqdis dan pembinaan Kuil Yahudi ’The Solomon Temple’.
Pembinaan Israel Raya atau ’The Greater Israel’.
Menguasai dunia antarabangsa keseluruhannya.

Apakah mereka akan berjaya di dalam cita-cita ini?

Tidak

Apakah bukti-bukti kegagalan mereka ?

-Kegagalan mereka untuk membina ’The Greater Israel’ walaupun setelah sekian lama mereka menjajah Palestin.
-Gaza kembali ke tangan Palestin dan Golan Height pula ke tangan Syria.
-Intifadhah menyebabkan merudumnya ekonomi Israel dan hilangnya ’rasa selamat’ di kalangan orang-orang Israel.
-Penghijrahan lebih 700 ribu orang-orang Israel yang melarikan diri pulang ke negara-negara Barat sejak tahun 2000 lagi.
-Generasi muda Yahudi mereka tidak berminat untuk mempertahankan agenda Zionis.
-Gagalnya regim Zionis dengan sokongan penduduk seramai 5 juta orang dan Amerika sekutunya untuk mengalahkan Gaza yang hanya mempunyai seramai 1.5 juta penduduk.
-Perjuangan umat Islam yang semakin kuat dan mendapat tempat di kalangan oarng-orang Palestin, bangsa Arab dan umat Islam di seantero dunia.
-Dan tentunya disebabkan janji-janji Allah dan Rasulullah s.a.w.

Apakah cara terbaik untuk memenangi kembali Palestin dan al-Aqsa?

Tidak boleh tidak, kita mesti mencontohi perjuangan generasi silam seumpama mencontohi kejayaan generasi Solahuddin al-Ayyubi dengan…
-Menjadikan matlamat perjuangan adalah untuk menegakkan kalimah Allah swt.
-Membina generasi yang bertaqwa kepada Allah dan memelihara diri daripada maksiat.
-Membuat persediaan perjuangan yang sempurna dan amat mengambil berat terhadap isu pembebasan Al-Aqsa
-Menyatukan kekuatan umat di bawah sistem yang satu.
-Menjadikan isu pembebasan Al-Quds sebagai isu Aqidah dan isu umat Islam.

Marilah kita bersama-sama merenung kembali ayat Al-Quran:

“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah bersedih, kerana sesungguhnya kamu adalah lebih tinggi martabat daripada mereka sekiranya kamu beriman.” (Surah Ali Imran: 139)


**dipetik/(dicopy-paste) dari,
http://www.ismaweb.net/v4/noktah-noktah-penting-62-tahun-nakbah-palestin/

Friday, May 7, 2010

humble.

i like to keep my feet on the ground,not having my head in the clouds.
maybe in other words,just being realistic ;)

Wednesday, April 28, 2010

Saat itu dan Saat ini.

amal apa yg aku dah siapkn utk menghadapi saat melintas titian sirat........??

~org yg berakal akan segera beramal untuk saat itu sejak saat ini.

Rasulullah s.a.w pernah menyebut beberapa amalan yg dpt menjamin keselamatan seseorg melintas di atas sirat, Antaranya adalah :

BANYAKKAN BERSADAQAH
~~maksud sabda baginda : "sesiapa yg memperbaguskan sedekah di dunia,ia akan berjaya melintasi sirat"
(riwayat imam Abu nu'aim dlm hilyat al-auliya')

MELAZIMKAN DIRI HADIR KE MASJID
~~nabi s.a.w bersabda mafhumnya : "sesiapa yg menjadikan masjid sebagai rumahnya, maka Allah menjamin untuknya rahmat,kenikmatan,dan berjaya melintasi sirat"
(riwayat al-Bazzar drpd abu darda)

** amalan2 lain yg turut dikategorikan sbg sadaqah
-mdamaikn 2org yg berselisih
-kata2 yg baik
-mbersihkn rintangan dr jln [kutip sampah pon dikira insyaAllah ^_^ ]


akhr kata ;
secepat apa pun tindakan kita dlm berbuat kebaikan,
secepat itu juga perjalanan kita melintas di atas sirat nanti.

{dipetik dari majalah solusi,isu no 18}

moga kita sama2 tergolong dalam mereka yg berjaya melintasi titian sirat nnti ;)
mari berusaha dari saat ini!

Sunday, April 18, 2010

if

if Allah answers ur prayer, Allah is increasing ur faith.
if Allah delays,Allah is increasing ur patience.
if Allah doesn't answers,Allah has better plans for u in future.

~AQ adalh as-syifa..semangkuk kesabaran dan sepinggan tawakkal..


Sunday, April 4, 2010

prinsip

setiap prinsip manusia berbeza.
bg saya prinsip seseorg ditentukan berdasarkan cara kita berfikir.
dan cara kita berfikir pula dipengaruhi oleh cara kita dibesarkan dan apa yang kita baca.
apa anda rasa?

Thursday, March 25, 2010

LURUS

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak lurus (istiqomah) iman seseorang hamba itu sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya.”
r
iwayat Ahmad


(actually dah pernah post pasal nie..tapi still nak remind jugak.tape ye)

** lidah->hati->IMAN


jaga lidah ye ;) thats the first step.



Saturday, March 20, 2010

berkat

BERKAT : Kebaikan yang Bertambah, Berterusan dan Berpanjangan”.

apakah erti mendapat keberkatan hidup?

Banyak contoh tentang erti mendapat keberkatan hidup. Di antaranya adalah seperti berikut;

a. Diberikan oleh Allah harta benda, harta itu menambahkan ketaatan kepada Allah s.w.t
b. Diberikan oleh Allah isteri & anak-anak, mereka membawa kita lebih bertakwa kepada Allah s.w.t.
c. Dikurniakan oleh Allah Kesihatan yang berterusan dan berpanjangan.
d. Dikurniakan kebahagiaan, keamanan dan keharmonian yang berterusan dan berpanjangan.
e. Dihormati dan dikasihi dengan berpanjang
an oleh ahli keluarga, guru-guru, kawan-kawan dan jiran tetangga.
f. Jika berhutang, hutang dapat dijelaskan dengan cepat dan tidak membebankan.
g. Segala ujian hidup dapat dihadapi dengan tab
ah dan kesabaran.
h. Akhir kehidupan dengan Husnul Khatimah iaitu meninggal dunia dalam ketaatan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.





Friday, March 5, 2010

AQ

(Al Qur'an) ini adalah penjelasan yang cukup bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan dia, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.
QS. Ibrahim (14) : 52
pastikan kita baca al-Quran setiap hari.
kitab ini yg akan menemani kita dalam 3 alam.dunia,kubur,akhirat.
pastikan AQ sentisa di hati.
selamat beramal.



Friday, February 26, 2010

AL-MULK

Rasulallah pernah bersabda :manusia yg cerdik itu adalah mereka yg bersiap2 utk mehadapi hari kematian mereka.
~wallahu'alam

so ape persediaan kita?

saya nak ajak kita semua utk mengamalkan bacaan Al-Mulk ni.

rasulallah anjurkan pada kita amalkan setiap mlm utk menghindarkan kita daripada azab kubur.

rasulallah says : "Dia (surah Al-Mulk) adalah penghalang, dia adalah penyelamat yg akan menyelamatkan pembacanya dari azab kubur"

bila nak baca?

a)lps maghrib
b)lps isya
c)sblm tido
d)mesti pukul10.

ans: bila2 pon boleh.kalau saya,usually akan baca antara masa magrb dan isya tu. sbb saya riso kalo nak baca betul2 masa sblm tido takut syahid sambil membaca.hehe.yg penting baca.saya pon tak jumpe lg specific tyme yg Rasulallah anjurkan.kalo sapa2 tau share la yer ;D

tp nak ingtkan semua esp myself.bkn surah nie yg selamatkan kita.of course rahmah Allah tuh yg selamatkan kita dari azab kubur dan nerakaNYA.amal ni hanya usaha.tak kesah la byk mana amal kita tapi kalau Allah tanak limpahkan rahmahnya=useless.kita takan selamat.so,kene selalu juga doa supaya Allah limpahkan RahmahNya pada kita duniaAkhrah ;)

patu maybe sesetgh org wondering?

"abes buat ape buat amal byk2" ??

hehe..yela..habes ape kita nak persembahkan kat Allah kat masyar nanti?
bawak tgn kosong(nauzubillah).
hehe.malu la skit.
takan Allah nak bg Rahmah kat hambaNYA yg tak usaha ape2 pon en~~huhu.
(once again peringtn for myself)

moga kta termasuk dalam glgn hambaNYA yg mendpt Rahmat.amEEn.~~

wallahu'alam

Tuesday, February 9, 2010

ganti

(terinagt kata seorg shbt :islam tak memerlukan kita,tp kita yg memerlukan islam)

"...Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini) "<47:38>

melihat kpd parubahan "mereka" yg semakin baik dan matang serta besungguh dijalan "ini"..membuatkan saya menilai diri saya kembali..betapa lekanya saya kdg2..tak cukup bersyukur dgn nikmat yg dberikan ,tak berusaha utuk ke arah yg lebih baik..astghfirullah~
..tak sedarkah saya bahawa Allah boleh menarik nikmat "ini" kembali dan menggantinya dengan KAUM yg lain jika sy terus leka...moga saya terus thabat di jln lurus.
~wallahua'lam
(salam muhasabah dari saya)


Monday, February 1, 2010

berkongsilah ;)


Dan daripada Abu Hurairah ra juga katanya, Rasulullah saw bersabda
"makanan untuk dua orang mencukupi untuk tiga orang dan
makanan untuk tiga orang mencukupi untuk empat orang."
(AlBukhori dan Muslim)

selamat berkongsi~~