Monday, December 27, 2010

~Ss


~~orang-orang yang beriman dengan ayat2 Kami hanyalah orang yang apabila diperingatkan dengannya(ayat2 Kami) mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya,dan mereka tidak menyombongkan diri.~~

*As-Sajdah32:15*

Dari Amru Bin Al-As r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. menerangkan kepadanya 15 ayat Sajadah yang tersebut di dalam al-quran

(Hadis Hasan riwayat Abu Daud)

AYAT-AYAT SAJDAH DI DALAM AL-QURAN

1. Ayat ke 206 dari surah Al -A’raf
2. Ayat ke 15 dari surah Al- Ra’d.
3. Ayat ke 50 dari surah Al- Nahl.
4. Ayat ke 109 dari surah Al- Isra’
5. Ayat ke 58 dari surah Maryam.
6. Ayat ke 17 dari surah Al- Haj
7. Ayat ke 77 dari surah Al- Haj
8. Ayat ke 60 dari surah Al -Furqan.
9. Ayat ke 25 hingga 26 dari surah Al- Naml
10. Ayat ke 15 dari surah Al -Sajdah
11. Ayat ke 38 dari surah Fusshilat
12. Ayat ke 62 dari surah Al- Najm
13. Ayat pertama dari surah Al- Insyiqaq.
14. Ayat ke 21 dari surah Al -Insyiqaq.
15. Ayat ke 19 dari Al- ‘Alaq


Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Umar katanya yang maksudnya :

“Bahawasanya Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam telah membaca al-Qur’an, lalu Baginda membaca satu surah yang di dalamnya ada ayat ‘sajdah’, maka Baginda pun bersujud lalu kami pun sujud bersama-sama Baginda sehingga sesetengah daripada kami tidak mendapati tempat untuk meletakkan dahinya”.


persoalannye anda dah hafal ke bacaan sujud sajdah?
kalau belum,tak terlambat lagi utk menghafal.

nie bacaan ye :)

سجد وجهي للذي خلقه وشق سمعه وبصره بحوله وقوته فتبارك الله أحسن الخالقين


"sajada wajhiya lillazii kholaqohuu wa syaqqa sam'ahuu wa basorahuu bihaulihii wa quwwatihii fatabaarokallahu ahsanul kholiqiin".


Maksudnya:

"Bersujud wajahku kepada Tuhan yang menciptakannya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya dengan Daya dan Kekuatan-Nya, Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta."

(HR At-Tirmidzi 2/474, Ahmad 6/30 dan Al-Hakim. Menurut Al-Hakim, hadits tersebut shahih. Imam Adz-Dzahabi menyetujuinya 1/220. Sedang tambahannya: Fatabaarakallahu menurut riwayat Adz-Dzahabi sendiri.)


p/s : saya mula menghafal bacaan sujud sajdah ni masa kat matrik.sbb takut kat ust.ust yg ajar agama tuh garang.haish.teruk betul :)

^^selamat beramal :D

Thursday, December 16, 2010

tol

salamun alayk :)

Hadis Abdullah bin Amru r.a:

Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
Apakah sifat yang paling baik
dalam Islam?
Rasulullah s.a.w bersabda:
Memberikan makanan
serta

memberi salam

samada kepada orang yang engkau kenali atau pun tidak.

(Riwayat Muslim)

bagi yang memandu,
apa yang akan kita sebut bila berhenti utk membayar tol?
(kalau guna lorng tunai la)
terima kasih?
or tak cakap ape2?

tak salah kan utk memberi salam juga?
give it a try :)
ni boleh jadi salah satu cara utk kita lakukan sedekah :)

selamat beramal :D

p/s :dulu sy guna lorong tunai.
skrg dah guna touch n go.(huhu,hilang dah satu cara utk menambah pahala)

Wednesday, December 15, 2010

tolong saya? :)

salam

banyak doa2 yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dalam bermujahadah melawan hawa nafsu,,

salah satu doanya,

"Ya Allah,berilah aku taqwa,dan bersihkanlah diriku.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan.
Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."




yang saya nak mintak tolongnya ,,
ada tak sapa2 tau hadith berkaitan doa kat atas.. dalam arab..
sy nak amalkan doa tuh dlam arab kalau bleh :)

pada yang tau kongsi la dgn saya eh :)




~wallahu'alam :)

Sunday, December 12, 2010

manners :)

"sesiapa yang ingin menasihati pihak yang berkuasa mengenai sesuatu perkara,
maka janganlah ia menyampaikan secara terang-terangan
tetapi
hendaklah ia memegang tangannya
dan
meyampaikan nasihatnya secara bersendirian..."

(riwayat Ahmad dan al-hakim)

p/s : boleh je nak amalkan dekat kwn2 kita jugak,kita pun kdg2 malu kan kene tego depan2 ;P



lagi 1,kdg2 kita terlupa nak guna....










selamat beramal :)

Friday, December 10, 2010

40hadith



selamat menonton.moga bermanfaat :D