Thursday, February 24, 2011

fokus


salamun alayk.

fahaman saya dulu,seseorang yang sangat bagus dalam menumpukan perhatian adalah dia mmg betul2 dpt 'fokus' terhadap benda yang dibuat tanpa 'terganggu' dengan apa2 pun.
tapi rupanya bukan begitu.based on buku 'the art of thinking'(buku ni saya guna dalam subjek critical thinking sem ni).seseorang yang bagus fokusnya adalah mereka yang cepat sedar dan kembali kepada apa yang patut mereka tumpukan. semakin cepat dia kembali kepada apa yang patut dia fokuskan maksudnya dia mempunyai tahap fokus yang semakin baik.maksudnya orang yg fokus tak bermaksud dia tidak diganggu langsung oleh apa2 yang lain.tapi dia cepat kembali kepada apa yang patut dia tumpukan~~ngee.

selamat menjadi org yang fokus ! :)




p/s : meningkat dewasa menjadikan kita memahami nilai ilmu yang sepatutya dihayati.

p/s : ok gambar tu mcm takde kaitan dengan post tapi nak letak jugak,sebab word dia mcm best.hee ^_^

Thursday, February 17, 2011

hadis 12

daripada Abu Hurairah r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,
" merupakan tanda baiknya Islam seseorang
iaitu meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya."
(hadis hasan riwayat Tirmizi dan lainnya)

apa maksud di sebalik "tanda baiknya islam seseorang" ye..hurm?~~

Friday, February 11, 2011

penyakit juga hamba

salam.

jika kita sakit selalu perkara pertama yang terlintas.
hurm nak makan ubat ape ye?
bukan begitu sepatutnya.pertama sekali kene ingat Allah.dengan kuasa Allah penyakit itu ada pada kita.selepas berusaha makan ubat segala,tapi tak baik2 jugak penyakit ye.ingatlah penyakit juga hamba.jika Allah memerintahkan utk 'dia' berada lagi pada badan kita.maka tetap la dia ada.

67-1: Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya segala kerajaan, dan Dia (Allah) terhadap segala sesuatu adalah al-Qadir (Maha Kuasa).

~wallahu'alam

Thursday, February 3, 2011

promote.


moga bermanfaat,

sila la lawat ye :)

http://www.productivemuslim.com

Wednesday, February 2, 2011

berbaik sangka

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang ........(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
Q.S Al-Hujuraat : 12


"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta"
HR. Muttafaqun alaihi


Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa
bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam
hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan
dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (ti
dak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


dipetik dari :
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8527.0



mari bersangka baik :)

p/s : saya pun dah confuse berbaik sangka ke bersangka baik.

mari bersedekah :D


sesungguhnya orang2 yang bersedekah
baik laki-laki mahupun perempuan
dan
meminjamkan kepada Allah
dengan pinjaman yang baik
akan dilipatgandakan(balasannya) bagi mereka ;
dan mereka akan mendapat pahala yang mulia~

*al-hadid57:18*

~moga kita tergolong dalam golongan ini :)