Wednesday, March 23, 2011

P for Palestin


palestin bukan isu bermusim saudaraku2.
saya ingin menyarankan tiga perkara untuk sama2 kita turut berusaha membebaskan al-aqsa.

1. berdoa.pastikan setiap hari kita titipkan buat saudara2 kita di sana. bacalah qunut nazilah di akhir mana2 solat fardu mu.(masih tak terlambat buat mereka yang belum menghafal.mulakan hari ini ! :D )

2. bangkitkan kembali semangat menuntut ilmu dalam dirimu.umat islam akan berjaya jika umatnya kembali menghargai nilai ilmu dalam diri mereka.inilah rahsia kegemilangan umat islam dahulu.(keypoint : fahami/bersungguh2 dalam apa yang dipelajari skrg)

3.boikot.setiap usahamu dihitung Allah saudaraku.walau sekecil mana pun ia.
teruskanlah usaha semampumu ! moga Allah berkati :)

p/s : alhamdulillah setakat ni dah tak minum milo walaupun thats my fav drink since 3 :D

Friday, March 11, 2011

serendah2.


salam.
secara jujur la kan.bila anda nampak
sampah,apa yang anda akan lakukan ?

monolog dalaman : heh.bukan sampah aku,buat apa nak kutip.lagipun kan makcik sapu sampah
ada.kang aku rajin sangt kutip sampah,makcik sapu sampah takde kerja la pulak kan =.='

jom baca hadis ni...

اَلايْمَانَ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوبِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا
قَوْلُ لا اِلَهَ الا الله وَأَدْ نَاهَا اِنَاطَةُ الا ذَى عَنِ الطَّرِيْقِ
وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الايْمَانِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Keimanan itu mempunyai cabang-cabang lebih da
ri enam puluh atau tujuh puluh
yang terutama dengan ucapan Lailaha illallah, dan serendah-rendahnya
menyingkirkan gangguan dari jalan,
sifat malu itu satu cabang dari keimanan.
Hadis sahih riwayat Muslim

sampah termasuk dalam gangguan jalan kan?
kalau menyingkirkan gangguan di tepi jalan yang serendah2 utk tahap iman tu pun kita ego/tak nak lakukan.maka mari sama2 muhasabh diri, iman kita di tahap mana ye?

p/s : dah kutip sampah hari ni? :)

Saturday, March 5, 2011

random~


salamun alayk.

bismillah.
dalam hidup.apa-apa yang Allah beri pada kita,kalau kita rasa benda tu payah saya terjemahkan ia terjadi sama ada kerana dua sebab ni.

pertama : sama ada Allah nak ampunkan dosa2 kita yang sangat banyaaaaaaak..
atau
kedua : Allah nak 'prepare' kita untuk ujian yang lebih berat..

secara jujur dalam meghadapi hidup yang makin mencabar(ayat karangan bm.heh) terlampau banyak rahsia Allah yang kita tak tahu.seriously.kebelakangn ni saya selalu wondering.ape ye hikmah di sebalik benda2 yang jadi kat saya ni. then saya akan pujuk diri dgn dua sebab kat atas tu.

tapi betul.insyaAllah dengan sabar.mmg lambat laun kita akan jumpa jugak hikmah dia akhirnya.Allah mengajar saya benda yang saya belajar hari ni tak semestinya lesson dia dapat hari ni jugak.yang penting mmg kene sandarkan pada Allah segala sesuatu.sabar.

mcm satu pengalaman yang saya rasa dulu masa kat matrik.alkisahnya saya ada masalah skit dgn sorg pensyarah ni.huhu.ada la tu silap saya kat mana2 yang buat dia terasa.saya pergi la jumpa dia utk betulkan keadaan.tapi nak jadi cerita dia tak nak bgtahu apa salah saya tu.dia suruh fikir sendiri.adoi.mmg la hilang punca.
saya pun amek jalan selamat,minta maaf jela kat dia.mmg mintak maaf sungguh2 la.tapi mmg lecturer tu buat tak layan jela kat saya lps tu.saya pulak.ah.aku dah mintak maaf then nak buat ape lagi.biar jela.hoho.

masuk pulak alam U, ada lagi masalah dengan lecturer = . =' adoi aku la.malas betul mslh2 lecturer ni.yela.bukan ape.kan libatkan keberkatan.tu yang bahaya tu.huhu.dengan lecturer U ni masalah dia salah faham skit je.tapi.tula mcm kes sebelum ni ada la jugak salah saya kat mana2 jadi lecturer tu cam terasa jugak.lagi sekali saya amik langkah selamat.minta maaf jugak.

satu hari saya ngadu kat kawan saya..
"yan..risau la ada prob dgn pensyarah nie..huuu..kang kene repeat paper..alahai sadis ye.."

pastu dia ckp..

"ciksabyyy..(setakat ni yan je yang panggil ciksabbyy secara konsisten..hehe)
awak dah check blum hubungn awak dengan Allah?kan Allah jugak yang pegang hati2 manusia nie..awak kene ingt sebenarnya kalau kita ada masalah dengan manusia tu petanda hubungan kita dengan Allah pun ada masalah.."

mmg terkesan la~~

see.saya akui masa kat matrik tu saya tak check pun pasal hubungan dgn Allah tu.
dua tahun lps tu baru belajar the real lesson. mcm saya ckp sebelum ni yang penting mmg kena sandarkan kat Allah segala sesuatu.Allah bg pengalaman masa dulu utk kita lebih prepare pada masa akan datang.sebab tu kita kena sedaya upaya utk tak merungut dengan apa yang terjadi kat diri kita.insyaAllah..harapnya begitu lah.

dulu,saya ada jugak tulis post yang random mcm ni.kira post pendapat peribadi la.pastu saya delete.sbb rasa mcm nak delete.skrg rasa mcm nak baca balik.sbb saya nak ingt balik apa ye tindakan yang saya buat lps post entry tu.huhu.
(so saya harap saya tak delete post ni insyaAllah so that in the future saya dapt muhasabah balik bila feeling ni dtg lagi.insyaAllah)

personally,kenapa saya nak elakkan utk tulis panjang2.sebab saya takut ada benda yang tak perlu ditulis saya tulis.kira mcm meleret la.sudahnya jadi sia-sia.bukan ape,sebenranya lagi satu bila makin byk berckp/menulis makin besar risiko utk buat dosa/kesalahan.itu pun benda yang saya cuba elakkan.kan kita seeloknya pilih antara dua je berkata baik atau diam.
(saya pun prefer blog2 yang tulis pendek2 kecuali la blog2 tertentu cm kbg5913,fitrah khalifah,and ade la lagi yang laen..hehe)

(post ini luahan hati yang sangat jarang dilakukan,tapi saya masih harap ia bermanfaat,,paling kurang pada diri saya sendiri.moga Allah redha)

~wallahu'alam