Wednesday, November 30, 2011

awal dis dah

bismillah.

esok dah awal bulan disember dah.cepat ye masa berlalu.apa yg saya dah buat tahun neh?
huhu..mungkin perlu check balik azam awal tahun dulu ape.at least ada lagi sebulan nak make it come true.huhu.(kalau dipanjangkan umur)

Friday, November 25, 2011

binnabil huda UNIQUE.wmv


mari dapatkan syafaat Baginda :D

Monday, November 14, 2011

memudahkan vs memahami

memudahkan urusan orang lain juga merupakan satu kebaikan yg kadang2 kita remehkan. tapi dalam masa yang sama,mungkin kita juga tidak dapat memahami keadaan orang yang tidak mahu memudahkan itu.huhu~apa2 pun moga Allah mudahkan urusan kita semua.ameen.

Friday, November 11, 2011

wanita


fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka kepada suami,anak dan keluarga.pastinya silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.

menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia(menurut asbab kepada hukum alam).
ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang,iaitu dari kecil hingga dewasa.

malangnya,mereka tidak mengganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya.

justeru,kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. ia adalah silibus kejayaan wanita sebenar dalam islam.

Tuesday, November 8, 2011

langkah pertama

langkah pertama perubahan dan pembaharuan berorientasikan kepada hati dan jiwa. oleh kerana itu kesatuan hati menjadi pra-syarat sebelum kesatuan dengan organisasi dan perancangan,dan dari taujih Rabbani yang diajarkan Rasulullah s.a.w kepada kita ini,kita bermula. kita mulakan dengan kebaikan individu kerana dialah egen perubahan.

kita perlukan :
Ruh yang peka dan hati yang hidup;
kebangkitan suara hati dan perasan
org2 yg hidup,muda dan kuat;
memiliki cita2 dan matlamat yang tinggi serta berusaha ke arahnya.

~Jumuah Amin
Naib Mursyidul Am.

Tuesday, November 1, 2011

akidah

hakikatnya bila kita berusaha untuk merapatkan diri dengan Al-Quran,
kita sebenarnya sedang memperkukuhkan akidah kita,
kerana Al-Quran adalah sumber ilmu tauhid yg paling luas.
Al-Quran merangkumi semua aspek rukun iman yg patut kita yakini dan percaya
dari sudut pegangan dan juga tindakan :)
wallhu'alam