Sunday, December 23, 2012

ma'thurat

bismillahirrahmanirrahim.

al-ma'thurat adalah himpunan wirid zikir yg bersumber AQ dan Sunnah Rasulullah yg dikumpul oleh imam hassan al-banna.


saya teringt,saya betul2 sedaya upaya utk amalkan ma'thurat ni masa masuk matrik.waktu tu buat sebab takut(?). kan baru habis sekolah,so ala2 nak prepare la utk facing culture shock.waktu tu ada la rasa jugak,haish asal la aku tak hafal betul2 masa sekolah dulu,tula masa sek maen2 je baca masa prog,ngantuk la sembg dgn kawan la.blablabla.tapi alhamdulillah still manage la utk istiqomahkan membaca ma'thurat tu masa kat matrik.

masuk U, alhamdulillah still amal,ada jugak la on off terlepas bagai..tapi still amal..then sampai satu hari tu.baru nak tgk maksud ma'thurat tu betul2.rasa perhh..mmg sangat touching baca..mmg kita rasa merendah diri sgt pada Allah dengan doa2 yg ada dalam ma'thurat tu.
(padahal dah baca all these yearss.ish2 (?) )

basically doa2 yg ada dalam mathurat tu membuatkan kita rasa hanya pada Allah sepatutnya tempat kita meminta.and we as His servants mmg sangat PATUT and PERLU rasa macam tu. berusaha untuk istiqomah dengan zikir (dalam kes ni,ma'thurat) sebenarnya memberi terapi yang sangat berkesan pada jiwa kita.tapi dengan syarat kita memahami,menghayati dan mengingati Allah semasa membaca zikir2 tersebut.

same goes to solat.sometimes people questioned. napa kita solat,tapi kita still buat benda jahat.bukan ke patut solat tu mencegah kita dari doing bad things.jawapan tu sebenarnya ada dekat soalan tu sendiri.solat kitalah yg bermasalah.we have to check quality solat kita. adakah kita khusyu' dalam solat kita and etc regarding the quality of the solat.

Allah sangat sayang pada kita.tapi kita yg menzalimi diri kita sendiri.

“Ya Allah, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika tidak Engkau ampuni dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.” (Al-A’raf: 23)

berusahalah utk meningkatkan kualiti ibadah dan hidup kita dalam mencapai redha Allah.berusahalah melakukan segala tindakan dengan kefahaman,terutamanya dalam ibadah kita.

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" 

[HR Bukhari dan Muslim]

Friday, November 30, 2012

bagan lalang :)

apabila kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan kita..
maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu..
 dengan sesuatu yang tidak disangka..
hadiah tidak semestinya berbungkus dengan bahagia..
kdg2 ia berbungkus dgn ujian..
tetapi di dalamnya ada hikmah..

~9 november2012-jumaat-bagan lalang

thanks dira for the deep advice.mendalam tu ;)
may Allah bless u duniaAkhirah.


Thursday, November 8, 2012

fizik nukleus

bismillah,

selagi kita hidup kat dunia ni, satu hakikat yg kita kena terima,kita akan sentiasa di uji. ujian2 yg dihadapi tu akan membuktikan siapa antara kita yang terbaik amalannya. ptg tadi baru buat test fizik nukleus, dengan adanya quiz2,test2 ni sebenarnya salah satu peluang utk kita "bertaubat" sebelum bertemu dgn final exam di akhir semester nanti. so sebenarnya walaupun agak stress nak hadapi quiz2 and test2 tu..bersyukurlah sebab tu satu peluang kita mula bersedia untuk menghadapi final exam nanti.


macam tu juga untuk ujian2 yg kita hadapi kat dunia ni,tu satu peringatan untuk kita kembali pada Allah.kembali untuk ingat yang kita akan hadapi ujian yg lebih besar nanti-> bertemu dgn Allah.moga kita sama2 tergolong dalam mereka yg mendapat rahmat-Nya :)

Friday, September 21, 2012

hubungan segitiga

Dalam hubungan antara manusia,kebiasaannya kita hanya mengenali dua pihak sahaja iaitu kita dan org lain. Padahal tidak ada hubungan yang hanya melibatkan dua pihak.why? sebab Allah sentiasa terlibat dalamnya. dalam keadaan dan situasi apa pun, Allah sentiasa ada. Dengan menyedari dan mengingati hakikat ini,dengan izinNYA kita akan lebih dapat menjaga akhlak kita insyaAllah kerana kita akan selalu fikir Allah suka ke tindakan kita pada org lain tu :)
p/s : always remember -> saya, dia dan... Allah :D


di petik dari buku hargai setiap detik kehidupan bab 14.


~~
Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka – pada hari kiamat – apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( al-mujadilah58: 7 )

~~
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. (at-taubah 9 :105)

Monday, July 30, 2012

amalkn doa -> 7: 126

Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan muslim(berserah diri kepada-Mu) ~ [Al-A'raf 7 : 126]

sampai satu masa,satu hari itu akan jadi hari terakhir kita hidup kat dunia ni. jadi tidak salahkan,jika membayangkan setiap hari adalah hari terakhir kita? dengan itu kita akan lebih berusaha untuk menjaga hablumminallah(hbgn kita dgn Allah) dan hablumminnas(hbgn kita dgn manusia) sebab kita nak bertemu Allah sebagai hamba yg baik dan meninggalkan dunia juga dalam keadaan yg baik! :D

p/s : jom amalkan doa di atas ^^
 
 

Friday, July 20, 2012

balance

salamun alayk.salam ramadhan kareem :)

untuk menjadi muslim yg berjaya kuncinya adalah kita perlu seimbangkan dunia dan akhirat kita. dalam kata lain seimbagkan hidup dan mati kita.
tapi.. kadang2 rasa jugak konfliknya tuu..bila kita dok imagine everyday is our last day tapi err kene fikir jugak pasal future?tak rasa mcm kontra ke? eh tapi bukanlah bayang everyday is our last day tu in a negative way yeee..don't get me wrong.. :D

itulah kuncinye tadi.seimbang.nak taknak kita kene fikirkan apa bekalan untuk mati kita,apa bekalan utnuk hidup kita.so apa bekalan kita?

p/s : sebenarnya jika kita jadikan dunia ni ladang untuk membuat amal untuk akhirat,kita akan usahakan jadikan hidup-dunia-kerja sebagai bekalan mati-akhirat-amal kita.insyaAllah bila mcam tu-seiring dan seimbanglah bekalan untuk hidup dan mati kita.

p/s lg : oh.sudah semestinya tulis/ckp tidak semudah mempraktikkannya.semuanya perlukan azam yang kuat,perancagan yang rapi,usaha yang berterusan,tidak mudah berputus asa dan doa yang tidak yg pernah putus :)

wallahu'alam :)

Wednesday, June 13, 2012

judging

betul.kadang2 walau kita tgk dengan "mata" kita sendiri pun,tak semestinya apa yg kita "sangka" tu betul.sebab kita tatau cerita keseluruhannya.sebab tu kene selalu berbaik sangka.dan semestinya paling penting kene berbaik sangka dengan Allah :))
 

Tuesday, May 22, 2012

akhlak


anas bin malik berkata :
"seseorang hamba dgn akhlaknya yg baik dpt mencapai darjat tertinggi di syurga,
sedangkan ia bukanlah seorang ahli ibadah.
Dan dgn akhlaknya yg buruk akan terhempas ke dasar paling bawah neraka jahanam,
sedangkan ia seorg ahli ibadah"

jom pelihara akhlak dan ibadah kita! :D


Sunday, April 29, 2012

:)

bismillah.

whatever good things that happen to you,enjoy it,
but you don't have to hold too tight to it,
treat it as a suprise in your life :)

chill!

p/s : bukankah semua yg ada di dunia itu sendiri sesuatu yg sementara?
        mari sentiasa bersangka baik dengan Allah 
        dan 
        tidak berputus asa dengan RahmatNYA:)

Thursday, April 26, 2012

empat

Bismillah

 Rasulullah bersabda yg bermaksud : " Ada 4 jenis perkara, siapa yg diberikan kpdnya, maka dia memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat, iaitu hati yg selalu bersyukur, lidah yg sentiasa berzikir, diri yg sabar dgn cabaran, dan isteri yg solehah yg setia kpd suaminya dan hartanya. Hendaklah kalian memiliki hati yg selalu bersyukur, lidah yg selalu berzikir dan isteri Mukminah yg menolongnya melakukan urusan akhirat"
 (riwayat al-Baihaqi)

 Ya Allah bantulah kami utk mengingatiMu,utk bersyukur kepadaMU dan beribadah kpdMU dgn sebaik2nya..

Friday, April 13, 2012

Makna bacaan solat



bismillah.

salah satu cara utk khusyu' di dalam solat adalah dgn memahami bacaan solat itu sendiri. dan utk memahami bacaan solat itu sendiri tidaklah bolah dgn sekali tgk je video ni..usaha yg berterusan utk hadam itu diperlukan. bergantung juga pada kemampuan setiap org.yg penting kita sentiasa berusaha utk ke arah yg lebih baik.
as a start,bg siapa yg baru nak bermula,mungkin boleh mulakan dgn memahami bacaan alfatihah itu sendiri?
moga kita tidak berputus asa di dalam berusaha utk mengejar redha Allah. insyaAllah :)

Sunday, March 25, 2012

Tuesday, March 20, 2012

meneguhkn jiwa dgn infaq :)


Dan perumpamaan org yg menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka,
seperti sebuah kebun yg terletak di dataran tinggi yg disiram oleh hujan lebat,maka kebun itu menghasilkan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak meyiraminya,maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(2: 265)

Tuesday, March 13, 2012

menyukakan Allah?


kita tidak boleh menyukakan hati semua org. kita hanya perlu berusaha untuk menyukakan Allah. insyaAllah nanti kita akan disukai dan menyukai orang yg disukai Allah juga. Dan itulah rahsia kejayaan kita.

dipetik dari halaman 207-nota hati seorang lelaki,pahrol mohd juoi.

mungkin ini rahsia ikhlas?

Saturday, March 3, 2012

mari sebarkan salam :)

Demi Allah yg jiwaku berada di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai. Apakah kamu mahu saya tunjukkan sesuatu yg sekiranya kamu lakukan kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesamamu
-Muslim.

Thursday, March 1, 2012

*impian*


rumah

1. menjadikan rumah itu sebagai tempat memperbanyakkan zikir dan menyebut nama Allah kerana itu membuatkan rumah itu tenang.

2. menjadikan rumah itu sebagai sumber tenaga dan semangat.apabila terjadi sesuatu rumah itu menjadi tempat pencetus semangat.rumah itu menjadi rujukan bila ahlinya menghadapi masalah,tempat mengadu dan meminta nasihat.

3. menjadikan rumah itu tempat saling memperbetulkan antara satu sama lain.semua ahli rumah menjadi cermin sesama ahlinya.

4. mejadikan rumah itu tempat saling lengkap melengkapi.untuk ilmu dunia dan akhirat.

5. menjadikan rumah itu tempat menyemai ilmu dan iman.


ameen.ameen.ameen.

[dipetik dari buku "menjadi muslim terbaik" karya Aa Gym m/s 78-79]

Wednesday, February 8, 2012

iman atas iman


Dialah yg telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka(yang telah ada). Dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha bijaksana.

[Al-Fath : 4 ]

Tuesday, January 31, 2012

ayat Kursi

*kebanyakan dari kita hafal ayat kursi kan?jom gunakan ia sebaik mungkin :D *

daripada Abu Umamah r.a, Nabi s.a.w bersabda : " sesiapa yang membaca ayat Kursi sesudah setiap kali solat, tidak ada yang dapat menegahnya daripada memasuki syurga sehinggalah ia mati "
[riwayat al-Nasa'i dan al-tabrani]

selamat beramal :))

Tuesday, January 3, 2012

make ur move :))

Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)