Friday, September 21, 2012

hubungan segitiga

Dalam hubungan antara manusia,kebiasaannya kita hanya mengenali dua pihak sahaja iaitu kita dan org lain. Padahal tidak ada hubungan yang hanya melibatkan dua pihak.why? sebab Allah sentiasa terlibat dalamnya. dalam keadaan dan situasi apa pun, Allah sentiasa ada. Dengan menyedari dan mengingati hakikat ini,dengan izinNYA kita akan lebih dapat menjaga akhlak kita insyaAllah kerana kita akan selalu fikir Allah suka ke tindakan kita pada org lain tu :)
p/s : always remember -> saya, dia dan... Allah :D


di petik dari buku hargai setiap detik kehidupan bab 14.


~~
Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka – pada hari kiamat – apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( al-mujadilah58: 7 )

~~
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. (at-taubah 9 :105)