Friday, September 24, 2010

teringat~

salamun alayk.

satu ketika dulu.(cewah).zaman2 baru habis sekolah,, kira masa matrik,awal2 di U saya kerap teringat kenangan2 di sekolah.yg best ke tak best ke semua teringt,dan.walaupun ada yg tak best still rasa kalau bleh nak ulang balik masa sekolah dulu.rasa macam sgt berharga masa di Al-amin.sebab sy rasa apa2 yg saya lakukan sy buat dgn sepenuh hati.(ok.tapi tadela jd pelajar cemerlang or etc)haha.


~asek dok terinagt je..

then baru skrg Allah ilhamkan apa di sebalik tu sebenarnya,,

bila baca tafsir ayat ni..

pada hari (ketika) wajah mereka dibolak-balikkan dlm neraka,mereka berkata
"wahai kiranya dahulu kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul
[33:66]

ayat ni gambarkan manusia yg berdosa tu teringat dulu2 masa dia kat dunia~~
(mungkin bermonolog "kenapa la kat dunia dulu aku tak jd hamba Allah yg baik")

Allah remind kita ..kalau kita teringt pd masa lalu kita,masa tu dibaratkan seperti masa kita di dunia..dan masa kita teringt tu kita dah takboleh buat apa2 kerana masa itu kita telah berada di alam akhirat..

so,mari sama2 buat baik banyak2 sbb kita masih di dunia :) Allah bg kita masa lagi :)

wallahu'alam.

p/s : maaf la kalau tak berapa faham.i'll try my best to explain.haha.:D

Thursday, September 16, 2010

Allah memujuk kita :)

"janganlah kamu memandang enteng terhadap kebaikan walaupun sedikit,
walaupun engkau menuang air daripada timbamu ke dalam bekas org yg memberi minum,
walupun engkau bercakap dengan saudaramu dengan wajah yang manis.
jauhkanlah dirimu dari melabuhkan kain sarungmu kerana ia
daripada perbuatan ujub dan takabbur dan tidak disukai Allah.
sekiranya ada seseorang mencelamu dengan sesuatu yang diketahui ada pada dirimu
maka jangnlah kamu mencelanya dengan sesuatu yang kamu tahu mengenai dirinya,,
sesunggunhya pahalanya akan diberikan kpd kamu
dan
balasan buruk kepada sesiapa yang mencela"

[riwayat abu daud dan al-tirmidzi dan katanya hasan sahih]

Sunday, September 12, 2010

pollution


telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka,aagar mereka kembali ke jalan yg benar (30:41)

Wednesday, September 8, 2010

ganjil

imam al-bukhari telah meriwayatkan bahawa anas bin malik berkata :
"Rasulullah s.a.w tidak keluar dari rumah Baginda pada hari Aidilfitri, melainkan Baginda makan beberapa biji kurma dalam bilangan ganjil(bukan genap)"

[riwayat al-bukhari no 910]

** seeloknya the first thing that we eat tht morning is kurma because :
~menepati dua sunnah-> a)sunnah mkn sblm solat b)sunnah mkn kurma

p/s : ada lg tak kurma kat rumah tu?hehe

~taqabalallahhu minna wa minkum :)


Saturday, September 4, 2010

akan diminta.

"dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yg tidak kamu ketahui.
kerana pendengaran,penglihatan dan hati nurani,
semua itu akan diminta pertanggungjawabannya."

[Al-Isra' 17: 36]

msg: buatlah sesuatu berasaskan sumber yg bleh dipercayai :)

~wallahu'alam

Monday, August 23, 2010

my fav verse ;)

Wahai orang-orang yang beriman!
Mohonlah pertolongan (kepada Allah)
dengan sabar dan salat.
Sungguh, Allah beserta orang-orang yang bersabar.

[al-baqarah2:153]

**dalam AQ saya,,ayat nie bertanda hijau=ayat2 penyejuk/penenang hati :) **

moga kita masih istiqomah menghidupkan ramadhan.
sekejap je dah nak tinggal separuh :(

mari hargai detik yg masih berbaki.moga Allah redha~

Wednesday, August 18, 2010

bukak la dulu~


***

Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata:
‘Adalah Nabi (s.a.w)

berbuka puasa dia dahulu daripada solat atas
beberapa (biji) rotab
(iaitu buah kurma yang baru masak belum kering), maka jika tidak ada beberapa (biji) rotab, beberapa biji tamar (kurma kering) menghirup dia beberapa hirupan air.’ [Hadith hasan gharib at-Termidzi]

***

Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Telah berfirman Allah (a.w),
Yang Maha Luhur lagi Maha Agung,

‘
Lebih suka Aku (Allah (a.w)) (akan) hamba-hambaku kepada Aku (a.w) bersegera mereka berbuka puasa.’

[Hadith Qudsi hasan gharib at-Termidzi]