Sunday, April 29, 2012

:)

bismillah.

whatever good things that happen to you,enjoy it,
but you don't have to hold too tight to it,
treat it as a suprise in your life :)

chill!

p/s : bukankah semua yg ada di dunia itu sendiri sesuatu yg sementara?
        mari sentiasa bersangka baik dengan Allah 
        dan 
        tidak berputus asa dengan RahmatNYA:)

Thursday, April 26, 2012

empat

Bismillah

 Rasulullah bersabda yg bermaksud : " Ada 4 jenis perkara, siapa yg diberikan kpdnya, maka dia memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat, iaitu hati yg selalu bersyukur, lidah yg sentiasa berzikir, diri yg sabar dgn cabaran, dan isteri yg solehah yg setia kpd suaminya dan hartanya. Hendaklah kalian memiliki hati yg selalu bersyukur, lidah yg selalu berzikir dan isteri Mukminah yg menolongnya melakukan urusan akhirat"
 (riwayat al-Baihaqi)

 Ya Allah bantulah kami utk mengingatiMu,utk bersyukur kepadaMU dan beribadah kpdMU dgn sebaik2nya..

Friday, April 13, 2012

Makna bacaan solat



bismillah.

salah satu cara utk khusyu' di dalam solat adalah dgn memahami bacaan solat itu sendiri. dan utk memahami bacaan solat itu sendiri tidaklah bolah dgn sekali tgk je video ni..usaha yg berterusan utk hadam itu diperlukan. bergantung juga pada kemampuan setiap org.yg penting kita sentiasa berusaha utk ke arah yg lebih baik.
as a start,bg siapa yg baru nak bermula,mungkin boleh mulakan dgn memahami bacaan alfatihah itu sendiri?
moga kita tidak berputus asa di dalam berusaha utk mengejar redha Allah. insyaAllah :)

Sunday, March 25, 2012

Tuesday, March 20, 2012

meneguhkn jiwa dgn infaq :)


Dan perumpamaan org yg menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka,
seperti sebuah kebun yg terletak di dataran tinggi yg disiram oleh hujan lebat,maka kebun itu menghasilkan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak meyiraminya,maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(2: 265)

Tuesday, March 13, 2012

menyukakan Allah?


kita tidak boleh menyukakan hati semua org. kita hanya perlu berusaha untuk menyukakan Allah. insyaAllah nanti kita akan disukai dan menyukai orang yg disukai Allah juga. Dan itulah rahsia kejayaan kita.

dipetik dari halaman 207-nota hati seorang lelaki,pahrol mohd juoi.

mungkin ini rahsia ikhlas?

Saturday, March 3, 2012

mari sebarkan salam :)

Demi Allah yg jiwaku berada di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai. Apakah kamu mahu saya tunjukkan sesuatu yg sekiranya kamu lakukan kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesamamu
-Muslim.