Monday, May 24, 2010

too much.

ibn qayyum r.a said :

"the things that make the body sick are :
too much talking,
too much sleeping,
too much eating.."

mari muhasabah diri :)

several suggetion : -think before u talk
-berhenti makan sebelum kenyang
- untuk kes banyak tidur..hurm..?bagaimana ye?

Thursday, May 20, 2010

1 vs 100 ribu


dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda :


satu dirham lebih dahulu dterima drpd 100 ribu dirham!

seorg lelaki bertanya,mengapa begitu ya Rasulullah?


Rasulullah SAW menjawab,seorg yg mempunyai harta byk, dia mengambil dari himpunan hartanya 100 ribu dirham,lalu dia menyedekahkan dgnnya.


Seorg lelaki lain dia hanya mempunyai dua dirham,lalu dia mengambil sedirham,lalu dia menyedekahkan dgnnya. Ini adalah menyamai separuh drpd hartannya.


(hadis diriwayatkan oleh imam an-Nasa'ie,ibnu Huzaimah,ibnu Hibban dlm kitab sahih mereka dan imam Hakim lalu disahihkannya menurut syarat imam Muslim)

Monday, May 17, 2010

let's SMILE ;)

Daripada Abu Dzar RA, Nabi SAW bersabda:
Janganlah kamu menghina kebaikan sedikit pun,
walau sekiranya engkau bertemu dengan saudara engkau
dengan wajah yang ceria.”
(Riwayat Muslim)

kawan2,
dengan senyum pun kita dapat menghidupakan sunnah Rasullallh.
let's SMILE ;)

**p/s : make sure at the right place n right time.



Saturday, May 15, 2010

15mei

Noktah-noktah penting 62 tahun Nakbah Palestin


Apa itu Nakbah?

NAKBAH bermaksud MALAPETAKA atau BENCANA BESAR. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada pengisytiharan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya pendudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Apa kesan awal utama Nakbah ?

Nakbah menyebabkan hilangnya negara Palestin daripada peta dunia antarabangsa.
Lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (800 ribu orang daripada 1.4 juta) diusir ke luar negara dan 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
478 daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948 telah dihancurkan yang melibatkan lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Di manakah testimoni Nakbah?

Terlalu ramai dan banyak…..
Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan, “Saya melihat seorang tentera pengganas Zionis memegang saudara saya, Saliha al-Halabi yang hamil 9 bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Pengganas Zionis tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Apakah realitinya setelah 62 tahun Nakbah?

1. Penjajahan dan penindasan yang berterusan sehingga mereka berjaya merampas lebih daripada 90% dari keseluruhan bumi Palestin.
2. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel.
3. Sekatan ekonomi yang dirancang kemas sehingga orang-orang Palestin tersepit, menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
4. Anak-anak Palestin yang telah dinafikan hak untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.
5. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia yang menyekat penghidupan rakyat Palestin serta menjadikan Palestin sebagai penjara yang terbesar di dunia.
6. Seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 62 tahun yang lalu. Inilah kes pelarian yang paling lama dan perit di dalam sejarah peradaban dunia.
7. Pembunuhan dan penyiksaan yang berterusan terutamanya di Gaza yang merupakan krisis kemanusiaan terhebat di abad ini.
8. Peningkatan serangan ke atas al-Quds oleh ekstremis Zionis yang mencabul kehormatan dan kesucian al-Quds serta projek pembinaan kuil Yahudi di perkarangan Al-Aqsa.

Apakah rancangan jangkamasa panjang mereka?

PengYahudian Baitul Maqdis dan pembinaan Kuil Yahudi ’The Solomon Temple’.
Pembinaan Israel Raya atau ’The Greater Israel’.
Menguasai dunia antarabangsa keseluruhannya.

Apakah mereka akan berjaya di dalam cita-cita ini?

Tidak

Apakah bukti-bukti kegagalan mereka ?

-Kegagalan mereka untuk membina ’The Greater Israel’ walaupun setelah sekian lama mereka menjajah Palestin.
-Gaza kembali ke tangan Palestin dan Golan Height pula ke tangan Syria.
-Intifadhah menyebabkan merudumnya ekonomi Israel dan hilangnya ’rasa selamat’ di kalangan orang-orang Israel.
-Penghijrahan lebih 700 ribu orang-orang Israel yang melarikan diri pulang ke negara-negara Barat sejak tahun 2000 lagi.
-Generasi muda Yahudi mereka tidak berminat untuk mempertahankan agenda Zionis.
-Gagalnya regim Zionis dengan sokongan penduduk seramai 5 juta orang dan Amerika sekutunya untuk mengalahkan Gaza yang hanya mempunyai seramai 1.5 juta penduduk.
-Perjuangan umat Islam yang semakin kuat dan mendapat tempat di kalangan oarng-orang Palestin, bangsa Arab dan umat Islam di seantero dunia.
-Dan tentunya disebabkan janji-janji Allah dan Rasulullah s.a.w.

Apakah cara terbaik untuk memenangi kembali Palestin dan al-Aqsa?

Tidak boleh tidak, kita mesti mencontohi perjuangan generasi silam seumpama mencontohi kejayaan generasi Solahuddin al-Ayyubi dengan…
-Menjadikan matlamat perjuangan adalah untuk menegakkan kalimah Allah swt.
-Membina generasi yang bertaqwa kepada Allah dan memelihara diri daripada maksiat.
-Membuat persediaan perjuangan yang sempurna dan amat mengambil berat terhadap isu pembebasan Al-Aqsa
-Menyatukan kekuatan umat di bawah sistem yang satu.
-Menjadikan isu pembebasan Al-Quds sebagai isu Aqidah dan isu umat Islam.

Marilah kita bersama-sama merenung kembali ayat Al-Quran:

“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah bersedih, kerana sesungguhnya kamu adalah lebih tinggi martabat daripada mereka sekiranya kamu beriman.” (Surah Ali Imran: 139)


**dipetik/(dicopy-paste) dari,
http://www.ismaweb.net/v4/noktah-noktah-penting-62-tahun-nakbah-palestin/

Friday, May 7, 2010

humble.

i like to keep my feet on the ground,not having my head in the clouds.
maybe in other words,just being realistic ;)