Sunday, March 25, 2012

Tuesday, March 20, 2012

meneguhkn jiwa dgn infaq :)


Dan perumpamaan org yg menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka,
seperti sebuah kebun yg terletak di dataran tinggi yg disiram oleh hujan lebat,maka kebun itu menghasilkan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak meyiraminya,maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(2: 265)

Tuesday, March 13, 2012

menyukakan Allah?


kita tidak boleh menyukakan hati semua org. kita hanya perlu berusaha untuk menyukakan Allah. insyaAllah nanti kita akan disukai dan menyukai orang yg disukai Allah juga. Dan itulah rahsia kejayaan kita.

dipetik dari halaman 207-nota hati seorang lelaki,pahrol mohd juoi.

mungkin ini rahsia ikhlas?

Saturday, March 3, 2012

mari sebarkan salam :)

Demi Allah yg jiwaku berada di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai. Apakah kamu mahu saya tunjukkan sesuatu yg sekiranya kamu lakukan kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesamamu
-Muslim.

Thursday, March 1, 2012

*impian*


rumah

1. menjadikan rumah itu sebagai tempat memperbanyakkan zikir dan menyebut nama Allah kerana itu membuatkan rumah itu tenang.

2. menjadikan rumah itu sebagai sumber tenaga dan semangat.apabila terjadi sesuatu rumah itu menjadi tempat pencetus semangat.rumah itu menjadi rujukan bila ahlinya menghadapi masalah,tempat mengadu dan meminta nasihat.

3. menjadikan rumah itu tempat saling memperbetulkan antara satu sama lain.semua ahli rumah menjadi cermin sesama ahlinya.

4. mejadikan rumah itu tempat saling lengkap melengkapi.untuk ilmu dunia dan akhirat.

5. menjadikan rumah itu tempat menyemai ilmu dan iman.


ameen.ameen.ameen.

[dipetik dari buku "menjadi muslim terbaik" karya Aa Gym m/s 78-79]