Tuesday, December 27, 2011

wahai diri.

wahai diri,

selagi kau masih hidup dan muslim(ameen) tlg jangan berputus asa dgn Rahmat Allah

wahai diri,

kuatkanlah keazamanmu,sabar dan tabahlah,buktikan kesetiaanmu pada Allah.

dan
wahai diri,

tlg ingt ini di kala senang dan susah(waktu susah terutamanya).

Monday, December 26, 2011

2 questions


2 questions that makes me wondering.

1. kalau ditakdirkan aku mati esok apa yang telah aku bekalkan in such a way pahalanya terus mengalir even selepas aku takde?

2. andaikan aku dapat bertemu Rasulullah walaupun seketika apa yang akan aku katakan dan persembahkan pada Rasulullah?

~seriously tader jawapannya.~sedihnya.astaghfirullah T_T

Tuesday, December 20, 2011

the future

~imam al-Ghazali :
seandai kita ingin melihat dan
menjangkakan corak peradaban
sesebuah Negara,maka lihatlah kepda
generasi muda yang ada pada masa
kini.

Karunia

dan janganlah kamu iri hati terhadap karunia yang telah dilebihkan Allah kpd sebagian kamu atas sebagian yang lain. (kerana) bg laki-laki ada bagian dari apa yang mereka usahakan,dan bg perempuan (pun) ada bagian dari apa yang mereka usahakan.Mohonlah kepada Allah sebagian dari Karunia-Nya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
[An-Nisa' 4 :32]

Wednesday, November 30, 2011

awal dis dah

bismillah.

esok dah awal bulan disember dah.cepat ye masa berlalu.apa yg saya dah buat tahun neh?
huhu..mungkin perlu check balik azam awal tahun dulu ape.at least ada lagi sebulan nak make it come true.huhu.(kalau dipanjangkan umur)

Friday, November 25, 2011

binnabil huda UNIQUE.wmv


mari dapatkan syafaat Baginda :D

Monday, November 14, 2011

memudahkan vs memahami

memudahkan urusan orang lain juga merupakan satu kebaikan yg kadang2 kita remehkan. tapi dalam masa yang sama,mungkin kita juga tidak dapat memahami keadaan orang yang tidak mahu memudahkan itu.huhu~apa2 pun moga Allah mudahkan urusan kita semua.ameen.

Friday, November 11, 2011

wanita


fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka kepada suami,anak dan keluarga.pastinya silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.

menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia(menurut asbab kepada hukum alam).
ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang,iaitu dari kecil hingga dewasa.

malangnya,mereka tidak mengganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya.

justeru,kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. ia adalah silibus kejayaan wanita sebenar dalam islam.

Tuesday, November 8, 2011

langkah pertama

langkah pertama perubahan dan pembaharuan berorientasikan kepada hati dan jiwa. oleh kerana itu kesatuan hati menjadi pra-syarat sebelum kesatuan dengan organisasi dan perancangan,dan dari taujih Rabbani yang diajarkan Rasulullah s.a.w kepada kita ini,kita bermula. kita mulakan dengan kebaikan individu kerana dialah egen perubahan.

kita perlukan :
Ruh yang peka dan hati yang hidup;
kebangkitan suara hati dan perasan
org2 yg hidup,muda dan kuat;
memiliki cita2 dan matlamat yang tinggi serta berusaha ke arahnya.

~Jumuah Amin
Naib Mursyidul Am.

Tuesday, November 1, 2011

akidah

hakikatnya bila kita berusaha untuk merapatkan diri dengan Al-Quran,
kita sebenarnya sedang memperkukuhkan akidah kita,
kerana Al-Quran adalah sumber ilmu tauhid yg paling luas.
Al-Quran merangkumi semua aspek rukun iman yg patut kita yakini dan percaya
dari sudut pegangan dan juga tindakan :)
wallhu'alam

Thursday, October 20, 2011

guru~

“Sheikh, apakah nasihat sheikh untuk kami belajar dan cara belajar?”

“Dapatkan rujukan yang sohih dan guru untuk membimbing” jawab saya ringkas.

“Boleh kami tahu mengapa itu menjadi cadangan sheikh, kerana kami biasanya akan bertanya soalan yang sama kepada para ulama yang datang ke sini”

“Di zaman terlalu banyak sumber pengajian ilmu Islam sama ada dalam bentuk buku, artikel dan penulisan di internet, ramai mudah tenggelam dalam dunia ilmu yang apabila tidak mampu ditangani dan dihadamkan dengan baik, ia menjadi barah dalam minda sehingga merosakkan sang murid”

“Manakala guru diperlukan kerana ia menjadi pengimbang dan pembimbing maklumat yang diperolehi, pun begitu jauhilah sentimen dan ketaksuban dengan seorang guru, kerana guru juga adalah masih seorang pelajar dan boleh tersilap langkah”


http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1002-travelog-dakwah-meredah-salji-di-republik-czech.html

Sunday, October 2, 2011

jgn berlebihan :)


makan dan minumlah.tapi jgn berlebihan :)

Wednesday, September 28, 2011

material science vs photonics


bismillah.

tahun3 sem2 nanti,saya kene buat pilihan utk specific course either material science,photonics or microelectronic.tapi micro mmg dah tolak awal2 la.sebab tu tajuk post ni material science vs photonics :D

sebenarnya..kalau ikut hati dan perasaan mmg la nak amek material science..tapi ramai budak course nak ambik micro or photonics..which means kemungkinan material science bakal ditiadakan utk batch kami..huhu..sedihnya~~

*cerita tentang material sciece*

saya plan nak ambil material science sbb minat sy lebih cenderung pada topik2 yg dah blja so far.plus saya minat la juga something that related to material.means keje kat bhgn2 quality etc.
tapi bila jadi mcm ni yg memungkinkan takde rezeki utk amek material ni buat saya reflect balik dulu2 punya cerita..kadang2 tak semestinya apa yg kita nak tu kita akan hargai betul2 bila kita dapat.dalam kes saya.macam course yg saya dapat sekrg.ini course yg saya mmg mintak sendiri. tapi tgk.saya bukan hargai betul2 pun.result turun naik.means tak maintain.bg saya definisi utk berjaya adalah paling kurg kalau awk takleh meningkat dalam satu perkara at least awk maintain rekod yg awk dah dapt.tapi.benda ni subjektif.tak semua org punya definisi berjaya sama :)

wallahu'alam.

*cerita tentang photonics*

tahun lepas.saya bercadang utk further dalam photonics actually. sbb saya fikir2 mungkin ada peluang utk kerja dalam hospital.sebab photonic is something to do with X-rays.so mcm kalau tak dapat jadi DR or NURSE pun,at least kalau dapat kerja kat hospital pun dah cukup bergaya la kan.haha.LOL.tapi mmg salah satu impian pun nak kerja kat hospital.but as time goes by..and bila dah belaja introduction to optic(topic related to photonic),passion utk ambik photonic makin kurg and gone.haha.lagipun photonic ni byk maen dgn laser which is sgt la tak sesuai dengan daku yg berkaca mata power tinggi ni.(bukn tinggi maen2 ok.400++)tapi sapa tahu kan kalau rezeki saya kat photonic.kan Allah penentu segalanya.dulu saya tak berapa "nak" masuk matrik. tapi kat sana saya banyak belajar tentang erti hidup.hurm.mana tau kan Allah nak saya belajar sumthig in this field.

wallahu'alam

apa2 pun kene solat istikharah dulu,nak pilih pun lambat lagi sebenarnya,skrg ni baru tahun 3 sem1.tapi kena la fikir dari skrg kan :):)

‎'Things aren’t always as they seem. Umm Musa was told to throw her son in the river, Yusuf was left for dead in a well, Maryam delivered a child alone, Yunus was swallowed by a whale, Ibrahim was thrown in the fire and Umm Salamah thought no one could be better than Abu Salamah. Yet look at how it turned out for them… in the end. So don’t worry, Allah has a plan for you'.


Sunday, September 25, 2011

syubhah

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud,

" Seorang hamba tidak dapat mencapai tingkat muttaqin

hingga ia meninggalkan apa-apa yang tidak berdosa

kerana khuatir terjerumus pada apa-apa yang berdosa."

(Hadis Riwayat Tarmidzi)

Saturday, September 24, 2011

six

"Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada enam,
yaitu bila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam;
bila ia mengundanglmu penuhilah;
bila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah;
bila dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah bacalah yarhamukallah
(semoga Allah memberikan rahmat kepadamu);
bila dia sakit jenguklah;
dan bila dia meninggal dunia hantarkanlah (jenazahnya)."

(HR Muslim)


si kenit ber'tuxedo'

Wednesday, September 21, 2011

teringin.


salamun alayk :D

pernah tak rasa dalam hidup, kita teringin sgt nak "satu bende" tu?

**terserah kat anda nak translate "bende" tu apa.
tapi yg penting feeling nak bende tu tinggi menggunung laa.yeah.

but somehow,kita tak dapat2 jugak walau kita dah usaha pun.
the thing is kita tak cukup usaha ke ek?tak cukup doa?

for me,
kalau kita dah usaha dan doa dan tawakal
we still didn't get what we want,
means = belum masanya lagi.

the time will come.we just have to believe and keep doing the best.

Allah knows u best :D
HE knows when is the best time to give u that "thing" :))
insyaAllah.

p/s : of course "bende" yg kita nak tuh benda baik=xbercanggah dgn islam :D

wallahu'alam


Thursday, September 15, 2011

bergaullah~

‎"Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”
Riwayat Trmzi dan Ibn Majah

Tuesday, September 6, 2011

Wednesday, August 24, 2011

parables~



*jom fahami AQ dgn lebih baik :) *

dan sungguh,
telah Kami buatkan dalam Al-Quran ini
segala macam perumpamaan bagi manusia
agar mereka dapat pelajaran

az-zumar39:27





Thursday, August 11, 2011

resah, gelisah


Seorang lelaki mendatangi Abdullah ibn Mas’ud: “wahai Ibn Mas’ud, nasihatilah akudengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidaktenteram, fikiranku kusut masai, tidurku tidak nyenyak dan seleraku selalu tiada
bawalah hatimu mengunjungi 3 tempat.
1, ke tempat orang yang sedang membaca Al-Qur’an, tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau pun kamu sekadar mendengarpembacaan orang lain.
2, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamukepada Allah.
3, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam danketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepadaNyaagar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.
Jika selepas kamu melakukansemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikanhatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

diambil dari : http://maryammuhd.blogspot.com/2011/08/resah-gelisah.html

Tuesday, August 9, 2011

dush2


menurut abdullah bin mas'ud r.a, Nabi s.a.w telah bersabda :
maksudnya,
" Seburuk-buruk perkara ialah seseorang berkata : Aku telah lupa ayat itu dan ini sedangkan sebenarnya dia telah dilupakan. Oleh itu,berusaha keraslah untuk mengingati al-Quran kerana ia lebih cepat terlepas lari(lupa) daripada diri kamu berbanding binatang ternakan(terlepas)"

-hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim-

Saturday, August 6, 2011

beri2~


barangsiapa memberi makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa, nescaya ia akan mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa itu.
hadis riwayat At-Tirmizi

Thursday, August 4, 2011

mohonlah.


* jom minta ampun dgn Allah :)) *

Dan barangsiapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya,
kemudian dia memohon ampunan kpd Allah,
niscaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang.

~An-Nisa4:110~

Tuesday, August 2, 2011

*empat*

"4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim
sepanjang Ramadan.
Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun),
kedua memperbanyakkan ucapan syahadah,
ketiga berdoa meminta syurga dan
keempat memohon keredaan Allah."
- Riwayat al-Baihaqi

Monday, August 1, 2011

reminder~

ibnu abbas berkata :

hendaklah kamu membaca Al-Quran dan bacalah sehingga mendatangkan kesan kedalam hatimu,
sebaliknya janganlah ada dikalangan kamu yang membaca semata-mata hendak menamatkan dengan cepat.

~diriwayatkan oleh Hakim


-


bila tindakan yg diambil niatnya utk memperbaiki keadaan tetapi ala2 menjadi sebaliknya,pujuklah hati bahawa Allah itu sentiasa ada.Dia sentiasa menguji iman hambaNya.tabahlah.Allah itu ada.

Saturday, July 30, 2011

RK :))


saya sebut : ramadhan kareem
anda balas : allahhu akram
mari amalkan sepanjang ramadhan :))
RAMADHAN KAREEM ^_^

Sham Kamikaze Dapat Hidayah, Kita Pula Macam Mana?

Thursday, July 21, 2011

akhir itu penting.

"sesiapa yang ingin mencontohi seseorang,
maka ambillah contoh daripada mereka yang telah mati.
Kerana orang yang hidup masih belum terjamin kesudahan hidupnya"
(kata2 Salaf)

~moga kita menemui kesudahan yg baik~

Thursday, July 7, 2011

hakikat sederhana.

wasatiyyah=kesederhaan.

*dipetik sari majalah solusi isu no33*

konsep wasatiyyah boleh digambarkan seperti berikut :



ada satu gelas yang dipenuhi dengan air. Ia tidak melimpah keluar dan tidak pula berkurangan. inilah yg dikatakan wasatiyyah iaitu apabila sesuatu perkara itu dilakukan secara tidak berlebihan atau berkurangan.

sebagai contohnya,seseorang yg melakukan sesuatu perkara secara tidak keterlaluan atau tidak pula sambil lewa,maka dia sebenarnya sedang mengamalkan konsep wasatiyyah atau kesederhaan.

p/s : jd seseorg pelajar yg dapat B bukannya A tidak dikira mengamalkan konsep 'sederhana'..hihi :))

wallahu'alam

Thursday, June 23, 2011

its been a while~

*sudah beristighfar hari ini?*
nabi bersabda: Wahai hamba2Ku,sesunggunhnya kalian selalu berbuat kesalahan siang dan malam,sedangkan Aku senantiasa mengampuni dosa,semuanya.maka mohon ampunlah kepadaKu,nescaya Aku akan mengampuni kalian~HR muslim.

Wednesday, June 1, 2011

sampaikanlah kami pdnya.

*peringatan bersama* :D:D:D

salam.jumaat ni dah 1rejab insyaAllah.mari mula puasa sunat rejab dan perbanyakkan amalan sunat utk kesuciaan hati.insyaAllah sinar keagungan Rejab menjadi milik kita dalam mencari sekeping hati seorang hamba.

wah angin ramadhan sudah mula menyapa :))

Allahumma bariklana fi rajab wa syaaban wa balighna ramadhan.

(ya Allah berkatilah kami dlm rejab dan syaaban dan sampaikan kami kpd ramdhan)

3


"tiga sifat yang tiada seorang pun selamat daripadanya iaitu
TAKUT(kerana sesuatu),BURUK SANGKA dan HASAD DENGKI.
Jika kau berasa takut dengan sesuatu maka jangan mundur(hadapilah),
jika kau berhasad maka jangan lanjutkan,
dan jika kau bersangka buruk maka jangan buktikan(jangan mencari buktinya)."

~(riwayat al-baihaqi)


Wednesday, May 11, 2011

memberilah ^_^

Dan carilah (pahala)negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu,tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik padamu,dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerusakan.

(al-Qasas28:77)

bila berhadapan dengan satu2 masalah,sebelum menyalahkan orang/faktor lain. Mari kita Tanya pada diri sendiri. Apa yang kita dah buat utk mengelakkan daripada masalah itu berlaku. Ataupun. Kalau masalah tu dah jadi pun,apa yang kita dah buat utk selesaikan masalah tu. Kita akan tersedar ‘owh .aku tak buat apa2 lagi rupanya’. Dengan ini,kita boleh mula senaraikan apa yang kita patut dan boleh lakukan. Dan semestinya kenelah bertindak :D

mari sama2 selalu Tanya pada diri apa yg aku dah berikan pada org lain ‘instead of’ apa yg org lain patut beri pada aku.wallahu’alam.

Sunday, May 1, 2011

2moro

wahai orang-orang yang beriman ! bertakwalah kepada Allah dan
hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya
untuk hari
esok(akhirat),
dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.(Al-Hasyr59:18)

kadang-kadang kita sibuk bersedia utk esok yang ada exam fizik math.tapi sebenarnya kita perlu lebih percaya esok di mana kita akan berjumpa dengan Allah. sebab tu kita kene sedaya upaya jadikan setiap tindakan kita sesuatu yang boleh dipersembahkan pada Allah.kat situ la niat tu main peranan kan. antara syarat utk jadikan sesuatu tu ibadah :

1. niat betul.kerana Allah
2. tidak melanggar syariat
3. mengikuti cara/sunnah Rasullallah.

seriously,untuk kita beruntung di dunia dan akhirat mmg kene sungguh2 usahakan setiap langkah,tindakan,kata2 kita utk kita bawa pada hari esok(akhirat).
sebab ape?
sebab kita tak cukup masaaaaaaaaaaaa..
dengan dosa yang sangat banyakkkkkk kita buat..sempat ke kita nak recover?huhu



untk dapat teguran direct daripada Allah ~jangan tinggalkan bacaan Al-quran anda.
setiap hari baca ye.tak kisah la sikit mana pun anda baca.
(baca sekali maksud tau ! )

jom muhasabah diri dan jadikan setiap tindakan/langkah kerana Allah :D:D:D

AllahuAkbar! :)



sungguh, (ayat-ayat) ini adalah peringatan ,maka barangsiapa mengkehendaki(kebaikan bagi dirinya) tentu dia akan mengambil jalan menuju Tuhannya.(Al-Mursalat77 :29)

tetapi kamu tidak mampu menempuhi jalan itu kecuali apabila dikehendaki Allah.
Sungguh Allah Maha Mengetahui,Maha Bijaksana.(Al-Mursalat77 :30)

Tuesday, April 19, 2011

assume

salam.

biasanya dalam kehidupan seharian kita,ada sesetengah perkara yang kita assume.
hakikatnya perkara yang kita assume tu adalah perkara yang kita take for granted.
dalam kata lain kita amek mudah.
dan habit ni tak elok diamalkan..bukanlah setiap amalan kita dinilai di sisi Allah?

kisah saya begini :

sabtu lepas saya terlanggar satu lori(lori tu lori pendek,tapi still kena panggil lori kan? )
saya terlanggar lori tu sebab saya assume lori tu dah jalan.ceritanya.kereta saya belakang lori tu kat roundabout.saya tgk kat roundabout tu mcm dah tada kereta which means kitaorang(kereta saya dan lori tu) dah boleh la jalan.tgk2 eh2.owh lori tu tak jalan lagi rupanya yang dalam masa yang sama kaki bertuahku dah tekan minyak..wawawa..so ditakdirkan saya langgar la lori tu.hee.

alhamdulillah~
lori tu tak apa2..means tade la dia nak tuntut apa2 kan..tapi..kete saya la mangsa ye~~hee..

takpe.lain kali jgn assume ye :D

p/s 1 : ani2sab : "wah selalu lori langgar kete,nie keta langgar lori?terre la sab(haha?)
p/s 2 : mas2 sab : "sab..lain kali tak yah tgk jauh2 lat roundabout tu..tgk depan mata ko tu dulu"
p/s 3 : abah2sab : "awk tu P tak habis lagi ye,jaga skit rekod tu :P "

Sunday, April 17, 2011

Sunday, April 10, 2011

rush T_T

Dari Abu Hurairah R.A bahawasanya Nabi S.A.W bersabda:

"Doa seorang hamba akan selalu dikabulkan selagi tidak memohon sesuatu yang berdosa atau pemutusan kerabat, atau tidak tergesa-gesa. Mereka bertanya : Apa yang dimaksud tergesa-gesa? Beliau menjawab : Dia berkata ; Saya berdoa berkali-kali tidak dikabulkan, lalu dia merasa menyesal kemudian meninggalkan doa." (HR Muslim)


p/s : memang terasa lah yang diwarnakan merah tu.astaghfirullah T_T

Tuesday, April 5, 2011

dekat pdMU

"tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya.
Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah sunah sehingga Aku mencintainya.."
~riwayat bukhari

* cara mendekatkan diri kepada Allah :

1. laksanakan ibadah fardu sebaik mungkin
(boleh mulakan dengan solat fardu di awal waktu :) )

2. istiqomahkan diri dengan ibadah2 sunat
(minimumkn setiap hari mesti kene solat sunat 2rakaat :) )

ya Allah jadilah kami hamba yang sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..ameen

~selamat beramal :D

p/s : dalam apa2 yang kita lakukan,lakukankanlah dengan kefahaman.insyaAllah kita akan beruntung di dunia dan akhirat :)

Wednesday, March 23, 2011

P for Palestin


palestin bukan isu bermusim saudaraku2.
saya ingin menyarankan tiga perkara untuk sama2 kita turut berusaha membebaskan al-aqsa.

1. berdoa.pastikan setiap hari kita titipkan buat saudara2 kita di sana. bacalah qunut nazilah di akhir mana2 solat fardu mu.(masih tak terlambat buat mereka yang belum menghafal.mulakan hari ini ! :D )

2. bangkitkan kembali semangat menuntut ilmu dalam dirimu.umat islam akan berjaya jika umatnya kembali menghargai nilai ilmu dalam diri mereka.inilah rahsia kegemilangan umat islam dahulu.(keypoint : fahami/bersungguh2 dalam apa yang dipelajari skrg)

3.boikot.setiap usahamu dihitung Allah saudaraku.walau sekecil mana pun ia.
teruskanlah usaha semampumu ! moga Allah berkati :)

p/s : alhamdulillah setakat ni dah tak minum milo walaupun thats my fav drink since 3 :D

Friday, March 11, 2011

serendah2.


salam.
secara jujur la kan.bila anda nampak
sampah,apa yang anda akan lakukan ?

monolog dalaman : heh.bukan sampah aku,buat apa nak kutip.lagipun kan makcik sapu sampah
ada.kang aku rajin sangt kutip sampah,makcik sapu sampah takde kerja la pulak kan =.='

jom baca hadis ni...

اَلايْمَانَ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوبِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا
قَوْلُ لا اِلَهَ الا الله وَأَدْ نَاهَا اِنَاطَةُ الا ذَى عَنِ الطَّرِيْقِ
وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الايْمَانِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Keimanan itu mempunyai cabang-cabang lebih da
ri enam puluh atau tujuh puluh
yang terutama dengan ucapan Lailaha illallah, dan serendah-rendahnya
menyingkirkan gangguan dari jalan,
sifat malu itu satu cabang dari keimanan.
Hadis sahih riwayat Muslim

sampah termasuk dalam gangguan jalan kan?
kalau menyingkirkan gangguan di tepi jalan yang serendah2 utk tahap iman tu pun kita ego/tak nak lakukan.maka mari sama2 muhasabh diri, iman kita di tahap mana ye?

p/s : dah kutip sampah hari ni? :)

Saturday, March 5, 2011

random~


salamun alayk.

bismillah.
dalam hidup.apa-apa yang Allah beri pada kita,kalau kita rasa benda tu payah saya terjemahkan ia terjadi sama ada kerana dua sebab ni.

pertama : sama ada Allah nak ampunkan dosa2 kita yang sangat banyaaaaaaak..
atau
kedua : Allah nak 'prepare' kita untuk ujian yang lebih berat..

secara jujur dalam meghadapi hidup yang makin mencabar(ayat karangan bm.heh) terlampau banyak rahsia Allah yang kita tak tahu.seriously.kebelakangn ni saya selalu wondering.ape ye hikmah di sebalik benda2 yang jadi kat saya ni. then saya akan pujuk diri dgn dua sebab kat atas tu.

tapi betul.insyaAllah dengan sabar.mmg lambat laun kita akan jumpa jugak hikmah dia akhirnya.Allah mengajar saya benda yang saya belajar hari ni tak semestinya lesson dia dapat hari ni jugak.yang penting mmg kene sandarkan pada Allah segala sesuatu.sabar.

mcm satu pengalaman yang saya rasa dulu masa kat matrik.alkisahnya saya ada masalah skit dgn sorg pensyarah ni.huhu.ada la tu silap saya kat mana2 yang buat dia terasa.saya pergi la jumpa dia utk betulkan keadaan.tapi nak jadi cerita dia tak nak bgtahu apa salah saya tu.dia suruh fikir sendiri.adoi.mmg la hilang punca.
saya pun amek jalan selamat,minta maaf jela kat dia.mmg mintak maaf sungguh2 la.tapi mmg lecturer tu buat tak layan jela kat saya lps tu.saya pulak.ah.aku dah mintak maaf then nak buat ape lagi.biar jela.hoho.

masuk pulak alam U, ada lagi masalah dengan lecturer = . =' adoi aku la.malas betul mslh2 lecturer ni.yela.bukan ape.kan libatkan keberkatan.tu yang bahaya tu.huhu.dengan lecturer U ni masalah dia salah faham skit je.tapi.tula mcm kes sebelum ni ada la jugak salah saya kat mana2 jadi lecturer tu cam terasa jugak.lagi sekali saya amik langkah selamat.minta maaf jugak.

satu hari saya ngadu kat kawan saya..
"yan..risau la ada prob dgn pensyarah nie..huuu..kang kene repeat paper..alahai sadis ye.."

pastu dia ckp..

"ciksabyyy..(setakat ni yan je yang panggil ciksabbyy secara konsisten..hehe)
awak dah check blum hubungn awak dengan Allah?kan Allah jugak yang pegang hati2 manusia nie..awak kene ingt sebenarnya kalau kita ada masalah dengan manusia tu petanda hubungan kita dengan Allah pun ada masalah.."

mmg terkesan la~~

see.saya akui masa kat matrik tu saya tak check pun pasal hubungan dgn Allah tu.
dua tahun lps tu baru belajar the real lesson. mcm saya ckp sebelum ni yang penting mmg kena sandarkan kat Allah segala sesuatu.Allah bg pengalaman masa dulu utk kita lebih prepare pada masa akan datang.sebab tu kita kena sedaya upaya utk tak merungut dengan apa yang terjadi kat diri kita.insyaAllah..harapnya begitu lah.

dulu,saya ada jugak tulis post yang random mcm ni.kira post pendapat peribadi la.pastu saya delete.sbb rasa mcm nak delete.skrg rasa mcm nak baca balik.sbb saya nak ingt balik apa ye tindakan yang saya buat lps post entry tu.huhu.
(so saya harap saya tak delete post ni insyaAllah so that in the future saya dapt muhasabah balik bila feeling ni dtg lagi.insyaAllah)

personally,kenapa saya nak elakkan utk tulis panjang2.sebab saya takut ada benda yang tak perlu ditulis saya tulis.kira mcm meleret la.sudahnya jadi sia-sia.bukan ape,sebenranya lagi satu bila makin byk berckp/menulis makin besar risiko utk buat dosa/kesalahan.itu pun benda yang saya cuba elakkan.kan kita seeloknya pilih antara dua je berkata baik atau diam.
(saya pun prefer blog2 yang tulis pendek2 kecuali la blog2 tertentu cm kbg5913,fitrah khalifah,and ade la lagi yang laen..hehe)

(post ini luahan hati yang sangat jarang dilakukan,tapi saya masih harap ia bermanfaat,,paling kurang pada diri saya sendiri.moga Allah redha)

~wallahu'alam

Thursday, February 24, 2011

fokus


salamun alayk.

fahaman saya dulu,seseorang yang sangat bagus dalam menumpukan perhatian adalah dia mmg betul2 dpt 'fokus' terhadap benda yang dibuat tanpa 'terganggu' dengan apa2 pun.
tapi rupanya bukan begitu.based on buku 'the art of thinking'(buku ni saya guna dalam subjek critical thinking sem ni).seseorang yang bagus fokusnya adalah mereka yang cepat sedar dan kembali kepada apa yang patut mereka tumpukan. semakin cepat dia kembali kepada apa yang patut dia fokuskan maksudnya dia mempunyai tahap fokus yang semakin baik.maksudnya orang yg fokus tak bermaksud dia tidak diganggu langsung oleh apa2 yang lain.tapi dia cepat kembali kepada apa yang patut dia tumpukan~~ngee.

selamat menjadi org yang fokus ! :)




p/s : meningkat dewasa menjadikan kita memahami nilai ilmu yang sepatutya dihayati.

p/s : ok gambar tu mcm takde kaitan dengan post tapi nak letak jugak,sebab word dia mcm best.hee ^_^