Thursday, August 11, 2011

resah, gelisah


Seorang lelaki mendatangi Abdullah ibn Mas’ud: “wahai Ibn Mas’ud, nasihatilah akudengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidaktenteram, fikiranku kusut masai, tidurku tidak nyenyak dan seleraku selalu tiada
bawalah hatimu mengunjungi 3 tempat.
1, ke tempat orang yang sedang membaca Al-Qur’an, tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau pun kamu sekadar mendengarpembacaan orang lain.
2, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamukepada Allah.
3, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam danketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepadaNyaagar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.
Jika selepas kamu melakukansemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikanhatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

diambil dari : http://maryammuhd.blogspot.com/2011/08/resah-gelisah.html

2 comments:

ila azzahiyah said...

boleh nggak mahu repost and simpan dlm blog sy?

nursabirah azhari said...

bole2 :)) sila2 :))