Wednesday, August 24, 2011

parables~



*jom fahami AQ dgn lebih baik :) *

dan sungguh,
telah Kami buatkan dalam Al-Quran ini
segala macam perumpamaan bagi manusia
agar mereka dapat pelajaran

az-zumar39:27





Thursday, August 11, 2011

resah, gelisah


Seorang lelaki mendatangi Abdullah ibn Mas’ud: “wahai Ibn Mas’ud, nasihatilah akudengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidaktenteram, fikiranku kusut masai, tidurku tidak nyenyak dan seleraku selalu tiada
bawalah hatimu mengunjungi 3 tempat.
1, ke tempat orang yang sedang membaca Al-Qur’an, tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau pun kamu sekadar mendengarpembacaan orang lain.
2, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamukepada Allah.
3, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam danketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepadaNyaagar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.
Jika selepas kamu melakukansemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikanhatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

diambil dari : http://maryammuhd.blogspot.com/2011/08/resah-gelisah.html

Tuesday, August 9, 2011

dush2


menurut abdullah bin mas'ud r.a, Nabi s.a.w telah bersabda :
maksudnya,
" Seburuk-buruk perkara ialah seseorang berkata : Aku telah lupa ayat itu dan ini sedangkan sebenarnya dia telah dilupakan. Oleh itu,berusaha keraslah untuk mengingati al-Quran kerana ia lebih cepat terlepas lari(lupa) daripada diri kamu berbanding binatang ternakan(terlepas)"

-hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim-

Saturday, August 6, 2011

beri2~


barangsiapa memberi makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa, nescaya ia akan mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa itu.
hadis riwayat At-Tirmizi

Thursday, August 4, 2011

mohonlah.


* jom minta ampun dgn Allah :)) *

Dan barangsiapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya,
kemudian dia memohon ampunan kpd Allah,
niscaya dia akan mendapatkan Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang.

~An-Nisa4:110~

Tuesday, August 2, 2011

*empat*

"4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim
sepanjang Ramadan.
Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun),
kedua memperbanyakkan ucapan syahadah,
ketiga berdoa meminta syurga dan
keempat memohon keredaan Allah."
- Riwayat al-Baihaqi

Monday, August 1, 2011

reminder~

ibnu abbas berkata :

hendaklah kamu membaca Al-Quran dan bacalah sehingga mendatangkan kesan kedalam hatimu,
sebaliknya janganlah ada dikalangan kamu yang membaca semata-mata hendak menamatkan dengan cepat.

~diriwayatkan oleh Hakim


-


bila tindakan yg diambil niatnya utk memperbaiki keadaan tetapi ala2 menjadi sebaliknya,pujuklah hati bahawa Allah itu sentiasa ada.Dia sentiasa menguji iman hambaNya.tabahlah.Allah itu ada.