Sunday, July 25, 2010

xsedar

salam.

bila kutuk org kita dapat dosa,org yg dikutuk dpt pahala.tu satu hal kita dah rugi.dan.
kita tak sedar,bila kita dok kutuk2 org tu,kita menjadikan diri kita muflis.
muflis?apakah?

->"muflis kat akhirat".


heh.asal lak?

sebab dia ambil pahala dari hasil kebaikan yg kita lakukan.
(kira cam denda la sebab kita kutuk org tu)

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia orang Muflis? " Sahabat-sahabat Baginda menjawab: "Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda;" Nabi s.a.w., bersabda: "Sebenarnya orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka.

(Muslim dan Tirmizi)



which means,the good deeds that we have done can just disappear like that.
(hilang camtu je.kita dah buat baek.bagus.tapi hilang.
tu tak masuk lagi mana satu amal kita yg dterima.yg diterima pulak kene bg kat org lain.hurm)



lps tu lama2 jd la muflissss...
(dan lagi menyedihkan kita tak sedar.)

sedar2 dah kat akhirat nanti.bila Allah hisab kita.

tp..

Allah tu maha pengampun.DIA maha menerima taubat2 hamba2NYA yg ikhlas bertaubat.

jadi mari sama2 mohon ampun dari Allah.
sebaiknya mmg dosa sesama manusia,kita mintak maaf kat manusia tu.tp tgk keadaan jugak.
kalau dgn meminta maaf tu akan memburukkan keadaan.mungkin kene fikir dulu la.


mari sinonimkan mengutuk dan muflis.mungkin itu dapat membantutkan kita utk mengutuk.

moga hari ini lebih baik dari semalam :)

wallahu'alam



No comments: