Monday, December 27, 2010

~Ss


~~orang-orang yang beriman dengan ayat2 Kami hanyalah orang yang apabila diperingatkan dengannya(ayat2 Kami) mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya,dan mereka tidak menyombongkan diri.~~

*As-Sajdah32:15*

Dari Amru Bin Al-As r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. menerangkan kepadanya 15 ayat Sajadah yang tersebut di dalam al-quran

(Hadis Hasan riwayat Abu Daud)

AYAT-AYAT SAJDAH DI DALAM AL-QURAN

1. Ayat ke 206 dari surah Al -A’raf
2. Ayat ke 15 dari surah Al- Ra’d.
3. Ayat ke 50 dari surah Al- Nahl.
4. Ayat ke 109 dari surah Al- Isra’
5. Ayat ke 58 dari surah Maryam.
6. Ayat ke 17 dari surah Al- Haj
7. Ayat ke 77 dari surah Al- Haj
8. Ayat ke 60 dari surah Al -Furqan.
9. Ayat ke 25 hingga 26 dari surah Al- Naml
10. Ayat ke 15 dari surah Al -Sajdah
11. Ayat ke 38 dari surah Fusshilat
12. Ayat ke 62 dari surah Al- Najm
13. Ayat pertama dari surah Al- Insyiqaq.
14. Ayat ke 21 dari surah Al -Insyiqaq.
15. Ayat ke 19 dari Al- ‘Alaq


Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Umar katanya yang maksudnya :

“Bahawasanya Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam telah membaca al-Qur’an, lalu Baginda membaca satu surah yang di dalamnya ada ayat ‘sajdah’, maka Baginda pun bersujud lalu kami pun sujud bersama-sama Baginda sehingga sesetengah daripada kami tidak mendapati tempat untuk meletakkan dahinya”.


persoalannye anda dah hafal ke bacaan sujud sajdah?
kalau belum,tak terlambat lagi utk menghafal.

nie bacaan ye :)

سجد وجهي للذي خلقه وشق سمعه وبصره بحوله وقوته فتبارك الله أحسن الخالقين


"sajada wajhiya lillazii kholaqohuu wa syaqqa sam'ahuu wa basorahuu bihaulihii wa quwwatihii fatabaarokallahu ahsanul kholiqiin".


Maksudnya:

"Bersujud wajahku kepada Tuhan yang menciptakannya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya dengan Daya dan Kekuatan-Nya, Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta."

(HR At-Tirmidzi 2/474, Ahmad 6/30 dan Al-Hakim. Menurut Al-Hakim, hadits tersebut shahih. Imam Adz-Dzahabi menyetujuinya 1/220. Sedang tambahannya: Fatabaarakallahu menurut riwayat Adz-Dzahabi sendiri.)


p/s : saya mula menghafal bacaan sujud sajdah ni masa kat matrik.sbb takut kat ust.ust yg ajar agama tuh garang.haish.teruk betul :)

^^selamat beramal :D

No comments: