Sunday, December 23, 2012

ma'thurat

bismillahirrahmanirrahim.

al-ma'thurat adalah himpunan wirid zikir yg bersumber AQ dan Sunnah Rasulullah yg dikumpul oleh imam hassan al-banna.


saya teringt,saya betul2 sedaya upaya utk amalkan ma'thurat ni masa masuk matrik.waktu tu buat sebab takut(?). kan baru habis sekolah,so ala2 nak prepare la utk facing culture shock.waktu tu ada la rasa jugak,haish asal la aku tak hafal betul2 masa sekolah dulu,tula masa sek maen2 je baca masa prog,ngantuk la sembg dgn kawan la.blablabla.tapi alhamdulillah still manage la utk istiqomahkan membaca ma'thurat tu masa kat matrik.

masuk U, alhamdulillah still amal,ada jugak la on off terlepas bagai..tapi still amal..then sampai satu hari tu.baru nak tgk maksud ma'thurat tu betul2.rasa perhh..mmg sangat touching baca..mmg kita rasa merendah diri sgt pada Allah dengan doa2 yg ada dalam ma'thurat tu.
(padahal dah baca all these yearss.ish2 (?) )

basically doa2 yg ada dalam mathurat tu membuatkan kita rasa hanya pada Allah sepatutnya tempat kita meminta.and we as His servants mmg sangat PATUT and PERLU rasa macam tu. berusaha untuk istiqomah dengan zikir (dalam kes ni,ma'thurat) sebenarnya memberi terapi yang sangat berkesan pada jiwa kita.tapi dengan syarat kita memahami,menghayati dan mengingati Allah semasa membaca zikir2 tersebut.

same goes to solat.sometimes people questioned. napa kita solat,tapi kita still buat benda jahat.bukan ke patut solat tu mencegah kita dari doing bad things.jawapan tu sebenarnya ada dekat soalan tu sendiri.solat kitalah yg bermasalah.we have to check quality solat kita. adakah kita khusyu' dalam solat kita and etc regarding the quality of the solat.

Allah sangat sayang pada kita.tapi kita yg menzalimi diri kita sendiri.

“Ya Allah, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika tidak Engkau ampuni dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.” (Al-A’raf: 23)

berusahalah utk meningkatkan kualiti ibadah dan hidup kita dalam mencapai redha Allah.berusahalah melakukan segala tindakan dengan kefahaman,terutamanya dalam ibadah kita.

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" 

[HR Bukhari dan Muslim]

No comments: