Monday, May 27, 2013

Help ~~

Bismillahirrahmanirahim.

Kita ini walau sehebat mana pun, kita tetap hamba yang lemah. Bila lemah, kena terima hakikat yang kita memerlukan pertolongan orang lain. Logiknya untuk menerima pertolongan orang lain, kita pun kena la menolong orang juga. Tapi jom tengok dari perspektif yang lebih jauh. Rajinlah menolong dengan niat kita mengikut apa yang Rasulullah ajar atau tunjukan melalui sifat Baginda sendiri yang sangat ringan tulang. Dengan itu, kita berniat untuk mengikut dan menghidupkan sunnah Baginda. Dengan itu juga, kita sangat berharap kita akan termasuk dalam golongan yang akan mendapat syafaat Baginda kelak.

# Niat kita menolong orang  -> mengikut sunnah nabi -> menghidupkan sunnah Baginda -> Berharap dan berdoa kita termasuk dalam golongan yang mendapat syafaatnya kelak.

wallahu'alam


 

No comments: